Bila orang yang kita sayang dah pergi buat selamanya, pasti ada kalanya terkenang detik-detik indah bersama jika ada sesuatu perkara yang terjadi atau barang yang pernah menjadi miliknya semasa berada di sisi.
Pastinya rasa sayu menyelubungi diri balu Allahyarham Abam, Noor Hidayah Mohd Ali ini ketika melihat MPV milik arwah suaminya itu di jalan raya.
“Ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya”
Dalam video yang berdurasi 23 saat di TikTok miliknya, Hidayah menyatakan Toyota Vellfire itu hanya tinggal kenangan kerana dah ada pembeli lain.
@hidayah_hamzah Hanya tinggal Kenangan Kereta Arwah Suami..Bila hamzah dah besar Ini la Kereta Ayah, Ayah penah cakp Kereta ini untuk keselesaan anaknya.. Doakan Bisness Ibu berjaya ❤️🥰#hanyatinggalkenangan #keretapenuhkenangan #dieyabeauty
“Ternampak kereta Arwah suami, hanya tinggal kenangan Hamzah nanti doakan bisnes ibu berjaya, boleh ibu beli kereta macam arwah ayah, ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya.”
Dalam masa 17 jam, video itu telah meraih sebanyak 2.7 juta jumlah tontonan. Rata-rata netizen turut sebak apabila melihatnya.
Semoga dilimpahkan rezeki – Netizen
Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar Hidayah sentiasa murah rezeki dan dapat membesarkan anaknya dengan baik, malah dapat gantian yang lebih baik.
Untuk rekod, Arwah Abam dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey.
Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas. Selepas kematian, timbul perbalahan antara Hidayah dan Ali berkaitan dengan tuntutan faraid, lapor mStar.
Malah, pernah timbul satu khabar angin apabila pihak Aliff Syukri mendedahkan bahawa kereta arwah telah ditarik.
Respon Hidayah, pihak mereka tidak dapat memberikannya kerana pada beberapa hari selepas arwah meninggal dunia, Hidayah mahu bawa anaknya yang tengah demam ke klinik.
Untuk baca semula cerita selanjut klik di bawah ni.