in

“Doakan Bella Astillah, sampai sekarang dia tak boleh terima apa terjadi” – Puteri Sarah

psl ba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui perkahwinan dua selebriti terkenal iaitu Aliff Aziz dan Bella Astillah kini semakin goyah susulan penangkapan Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur bersama seorang lagi pelakon iaitu Ruhainies.

Kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu itu mengejutkan ramai pihak termasuklah rakan-rakan selebriti yang lain.


Artikel berkaitan: “Terima kasih kerana memahami” – Bella Astillah Jumpa Produksi, Tarik Diri Berlakon Dengan Ruhainies & Suami?

Artikel berkaitan: Warganet Banjiri Ruang Komen Di IG Lepas Gambar-gambar Lama Bella Astillah & Ruhainies Tular

@ikalumier

#aapslfans #andiarsyil #puterisarahliyana #ikalumier #lumiermalaysia #rawatsunburn

♬ original sound – lumier.malaysia – lumier.malaysia

Dalam satu video tangkap layar live, pelakon Puteri Sarah Liyana yang akrab dengan Bella Astillah berkongsi keadaan pelakon Aku Tanpa Cintamu itu kini amat membimbangkan.

“Pada hari pertama Ramadan bulan puasa ini, jom sama-sama kita mendoakan Bella Astillah, semoga dipermudahkan semua urusan.

Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga dia kuat dan tabah.

Sampai sekarang dia masih tak boleh terima apa yang terjadi, dia tak boleh makan, tak boleh tidur dia kurus sangat,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah meminta agar semua orang mendoakan keadaan Bella Astillah yang seakan masih tidak boleh menerima apa yang berlaku kepadanya itu.

Semoga Bella sentiasa kuat dalam menempuhi segala dugaan ni…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.