Kecoh di media sosial hari ini akan berita mengenai 5,000 orang yang menghadiri ‘ijtimak tabligh’ di Masjid Seri Petaling, KL dikhuatiri dijangkiti coronavirus.
Berikutan isu ini, pihak KKM dan orang ramai telah memohon mereka yang terlibat untuk melakukan saringan secepat mungkin untuk mengelakkan virus COVID-19 ini terus menular dengan pantas.
KKM menasihatkan mereka yg telah menghadiri “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur dr 28 Feb hingga 1 Mac 2020, segera menghubungi pejabat kesihatan daerah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19. Sila hubungi CPRC hotline atau Pejabat Kesihatan Daerah. pic.twitter.com/NZYMWOh0DQ
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 11, 2020
Pun begitu, sikap degil sesetengah peserta membuatkan netizen kecewa apabila mereka meletakkan urusan ajal maut dan penyakit ini dengan hanya berserah kepada Tuhan.
“Kerana asbab semua ahli keluarga dan sahabat-sabahat mesej kerana sayangkan aku, maka aku…”
Tapi korang jangan pula pukul rata mengatakan semua peserta tabligh tersebut bersikap demikian kerana ada di antara mereka yang sampaikan sanggup menipu demi nak ‘screening’ jikalau ada atau tidak dijangkiti COVID-19.
Menerusi perkongsian seorang netizen di Facebook, dia mengaku telah menghadiri ‘ijtimak tabligh’ beberapa hari lalu dan hari ini gigih ke Masjid Seri Petaling untuk membuat ujian saringan dengan pihak KKM demi memastikan dirinya selamat daripada wabak COVID-19.
Berikut perkongsiannya:
“Bagi siapa nak gi markas cek juga, bolehlah, tapi kena bagitahu ada simptom-simptom”
Ramai lagi peserta perhimpunan tabligh yang prihatin
Dalam pada tu, bukan abang di atas ni je yang concern untuk melakukan screening COVID-19 ni. Ada lagi beberapa netizen lain yang risau akan keadaan anak atau suami mereka yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.
Menerusi satu posting daripada staf kesihatan, kelihatan beberapa komen netizen yang bertanya apa yang perlu mereka lakukan jikalau anak atau suami mereka terlibat dalam perhimpunan tersebut dan mula menunjukkan simptom demam atau selesema.
Apa-apapun nasihat admin, bagi mereka yang terlibat dalam perhimpunan tabligh tersebut jangan panik dan susah hati. Yang paling penting korang hubungilah nombor hotline yang admin kongsikan kat atas tu.
Pihak KKM akan datang ke rumah dan ambil sampel anda untuk buat ujian saringan. Kalau anda tidak menunjukkan sebarang simptom, pastikan kuarantin diri dulu dalam tempoh 14 hari untuk elakkan penyebaran wabak tanpa diketahui.
InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja. Kita fikir positif semuanya ya?