in

“Dkt masjid org bukan main kena jaga jarak – Terawih di Pusat Bowling, Netizen Bengang Sheila Rusly ‘Tayang’ Langgar SOP?

Ft Sheilaterawih

Baru-baru ini, Sheila Rusly ada memuat naik video pendek menunjukkan suasana solat terawih berjemaah di sebuah pusat boling.  Klip itu dikongsikan pelakon dan penerbit itu di Instagram miliknya dan suaminya, Jinggo telah mengimamkan solat Isyak diikuti beberapa jemaah lelaki serta perempuan.

Bagaimanapun, ianya mengundang rasa kurang senang dan mendapat kritikan netizen di media sosial. Timbul rasa marah dalam kalangan netizen di media sosial disebabkan tiada pematuhan SOP oleh mereka di mana tiada penjarakan sosial antara jemaah, tidak memakai pelitup muka ketika bersolat serta bersalaman selepas solat selesai.

https://www.instagram.com/p/CN2dkEqCDUa/

 

Melalui Twitter dan malah ruangan komen posting tersebut di Instagram terdapat segelintir individu memberikan komen tentang isu terbabit. Seorang pengguna Twitter turut mencadangkan agar pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap mereka.

Komen1 2

Bukan itu saja, beberapa individu di ruangan komen Instagram menegur Sheila Rusly kerana tidak mematuhi SOP serta keadaan yang tidak sesuai untuk mereka berjemaah di pusat boling terletak dekat Petaling Jaya itu.

Seorang individu berkata,

Bising satu hal. Orang lelaki boleh nampak muslimat yang rukuk dan sujud. For me, Isyak boleh je. Tapi terawih tu buat kat rumah pun boleh sebab sunat. Tapi tak tahu la pulak takut shooting sampai Subuh.”

Komen2 2

Komen3 2

Sementara itu, menurut Harian Metro meskipun suasana di tempat berkenaan kelihatan sibuk dan riuh dengan pengunjung lain yang sedang bermain boling, namun aktiviti ibadah mereka  berjalan lancar.

Difahamkan, video tersebut diambil oleh pelakon Elisya Sandha yang juga merupakan bakal menantu Sheila dan Jinggo.

Baca: Kertas Siasatan Majlis Kahwin Neelofa Diserahkan Kepada Timbalan Pendakwa Raya, Polis Cadang Semua Dikompaun

Collage 35

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram