in

DIY Skincare Guna Barang-barang Dari Rumah Ni Boleh Rosakkan Muka Korang?

Rosakkan Kulit Anda Skrg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah dengar tak tentang skincare hacks macam letak ubat gigi dekat hidung untuk keluarkan black heads dekat hidung?

Sebenarnya banyak kali je kan tips-tips kecantikan macam ni lalu kat timeline media sosial kita semua. Tapi pernah tak korang persoalkan sejauh mana hacks ni semua berhasil kat muka korang? Betul ke ubat gigi boleh hilangkan blackheads tanpa buat kulit hidung korang rosak? Oh my… 


 

Tak payah keluar duit banyak untuk skincare tapi sebenarnya boleh buat muka kita rosak? 

Menerusi satu perkongsian di Twitter, beberapa tweet telah viral menunjukkan DIY skincare hacks yang boleh korang buat hanya dari rumah supaya wajah kelihatan lebih flawless dan jelita bak artis dari Korea.

Skincare 1

Skincare 2

Skincare 3

Skincare 4
sumber: twitter

Tips ni semua memang nampak menarik dan admin yakin ada di antara kita yang pernah mencubanya. Tetapi menerusi respon daripada tweet tersebut, ramai yang komen tips ni buat muka lagi teruk dan tak berhasil langsung pada wajah mereka. Aik??

Aiyo
sumber: twitter

 

“Aku pernah pakai kunyit semalaman, esok muka habis ditegur sebab jadi merah-merah” 

Di samping tu, ramai juga yang kongsi kisah wajah mereka yang alami macam-macam alahan lepas try tips skincare DIY ni. Ada yang muka jadi merah-merah dan ada pulak muka menggelupas sampai rasa nak terbakar. Uish! 

Merah

Remedies No Good
sumber: twitter

 

“Daripada buat masker merepek, baik kau makan sayur-sayur ni” 

Memandangkan ramai yang claim tips macam ni langsung tak berkesan dan tak buat wajah kita jadi flawless pun, ada yang suggest lebih baik makan sayuran ini daripada jadikan ia masker yang entah apa-apa tu.

Lebih Baik Makan Yalls
sumber: twitter

Pesan admin, sebelum share atau nak try tips-tips ni, lebih baik korang rujuk kepada mereka yang lebih pakar sebab kalau salah penggunaan… naya weh kulit muka korang rosak!

Tolonglah jangan tepek benda pelik-pelik kalau korang tak tahu kesahihannya. 

Baca: “Ni first time seller suruh customer buat lab test untuk skincare dia”

Page4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.