in

DIY Rak Baju Guna Bakul RM2.10 Je, Mudah Dan Jimat!

Cats 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila anda baru sahaja berpindah ke rumah baharu, benda pertama yang kebiasaannya akan difikirkan adalah di mana patut anda simpan pakaian-pakaian yang dibawa dari rumah lama. Betul tak?

Harga untuk sebuah almari atau rak baju pula bukanlah murah seperti yang dijangkakan. Harganya boleh mencecah ratusan ringgit dan kadang-kala agak membebankan bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga atau tinggal bersendirian.


Usah risau, anda sebenarnya boleh bina rak baju sendiri dengan hanya menggunakan bakul dan pengikat kabel!

Barang-barang yang diperlukan:

5 3
1. 2 bakul (untuk satu rak baju)
2. Pengikat kabel
3. Gunting / pisau

Cara-cara:

Rasanya daripada gambar di atas sahaja anda dah boleh jangka cara pembuatan rak baju DIY ni kan? Namun admin tetap akan kongsi cara-cara sebenar buat pembaca setia Lobak Merah!

1. Potong ruang sisi bakul dengan menggunakan gunting atau pisau. Ruang yang terbuka akan menjadi bahagian hadapan rak baju.

6 1

2. Gabungkan dua bakul yang sudah dipotong dan ikat dengan menggunakan pengikat kabel.

3 5

3. Potong lebihan pengikat kabel untuk kekemasan rak baju.

2 8

4. Susun baju anda dan tidur sebagai tanda penghargaan kepada diri sendiri.

1 7

Kredit: Impiana

BACA: Lelaki Ini Kongsi Cara Buat ‘Sanitizer Gate’ DIY Dengan Hanya Modal RM257.16

Xxx

Sumber: Impiana
Sumber: Impiana
Sumber: Impiana
Sumber: Impiana
Sumber: Impiana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.