Suasana di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) berubah menjadi hiba baru-baru ini saat mangsa-mangsa sindiket pemerdagangan manusia telah berjaya dibawa pulang ke Malaysia. Mendengar perkongsian daripada salah seorang wanita yang menjadi mangsa penipuan kerja ini, ianya memang tak dapat dibayangkan betapa seksanya dia dan mangsa lain di Myanmar.
Menurut Malaysia Gazette, mangsa menceritakan bahawa dia dan mangsa lain telah dikerah untuk bekerja dari 8 pagi sehingga 12 tengah malam tanpa gaji.
Diugut makan babi, tikus dan dirogol kalau tak capai target
Malah, mangsa yang berumur 19 tahun ini juga mula mengaku yang dia sedar telah ditipu apabila dia telah diugut oleh syarikat seandainya tidak mendapat keuntungan yang telah ditetapkan, 30,000 Yuan (RM20,000) sehari.
@malaysiagazette Replying to @commenter Pengalaman Ngeri Diugut Makan Babi, Dirogol Gara-Gara Tak Dapat ‘Sale’ 30 Ribu Sehari . #malaysiagazette #mgnews #pemerdanganmanusia #KLIA #ibu #anak #mangsapemerdagangan #tangisanibu #myanmar
Lebih teruk lagi denda yang mereka kenakan jika tidak mencapai sasaran itu amatlah kejam dan zalim.
“Kami kena ugut makan babi dan tikus. Kalau tiada yang kena sale, kami akan diugut untuk dirogol.”
@malaysiagazette Replying to @Miss_Blackheart 🖤 Tiga mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang hari ini. Mereka diselamatkan selepas melalui beberapa proses untuk tempoh lebih sebulan. . #malaysiagazette #mgnews #pemerdanganmanusia #KLIA #ibu #anak #mangsapemerdagangan #tangisanibu #myanmar
Mereka dipaksa untuk melakukan penipuan dan menjadi scammer melalui aplikasi yang menyediakan perkhidmatan seperti kereta sewa.
Namun begitu, memandangkan dirinya sudah selamat pulang ke Malaysia, gadis yang dikenali sebagai Syafinaz Abdullah ini meluahkan rasa syukur kerana membantu mangsa-mangsa yang teraniaya di Myanmar, biarpun ada mangsa yang masih terkandas di sana.
Baca : Rintihan 2 Ibu Raih Perhatian PM, Mangsa Job Scam Di Myanmar Berjaya Diselamatkan