Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah jatuhkan hukuman penjara 13 bulan ke atas Syamsul Zaman Sukri yang juga dikenali sebagai Ustaz Budak atas tuduhan mencabul lelaki di sebuah hotel pada 16 Disember 2020.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas selepas menolak rayuan tertuduh yang sebelum ni menerima hukuman penjara selama 13 bulan di Mahkamah Majistret pada 9 Mac lalu.
Artikel berkaitan: “Si pelaku bebas di luar” – Anak Jadi Mangsa Liwat Ustaz 2 Tahun Lepas, Ibu Tuntut Keadilan
Artikel berkaitan: “Ustaz raba, takut nak mengadu” – Makin Ramai Cerita Pengalaman Kena Gangguan Seksual Di Sekolah
Menurut Hakim tersebut, beliau telah menolak tujuh isu yang dibangkitkan pihak rayuan apabila mereka gagal buktikan mens rea iaitu niat jahat dalam kes ini.
“Ini termasuk perayu yang mendakwa keterangan mangsa tidak boleh dipercayai. Perayu tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan.”
“Pihak perayu gagal membuktikan mens rea (niat jahat) tetapi Hakim Mahkamah Tinggi berdasarkan alasan penghakiman Mahkamah Majistret dan nota keterangan menunjukkan bahawa adanya tindakan dan niat perayu kepada mangsa.”
Disebabkan tu, Mahkamah Tinggi kekalkan hukuman penjara 13 bulan berkuat kuasa serta-merta terhadap ustaz itu yang bermula sejak semalam.
Sebelum ni, Syamsul yang juga merupakan seorang mudir madrasah tahfiz di Kelantan pernah dihadapkan ke mahkamah sebanyak 13 pertuduhan yang melibatkan jenayah seksual terhadap beberapa mangsa lelaki termasuklah bekas pelajarnya.
Sumber: Astro Awani, Harian Metro, Sinar Harian