in

Dituduh Mabuk Langgar Banyak Kereta, Rakan Dedah Pemandu Treler Sudah Meninggal Akibat Sakit Jantung

pakcik shukri pemandu treler meninggal dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang pemandu treler yang didakwa sedang mabuk telah merempuh beberapa buah kereta di tepi jalan.

Menerusi perkongsian tersebut, pemilik video yang nyata berang dengan situasi itu telah menuduh pemandu berkenaan yang dalam keadaan separa sedar kononnya sedang mabuk tanpa memeriksa terlebih dahulu keadaan mangsa pada ketika itu.


accident langgar kereta

Video ini telah meraih pelbagai komen daripada netizen yang kebanyakannya mengkritik tindakan pemandu berkenaan dan tidak kurang juga yang memukul rata tanggapan negatif dengan mengaitkan pemandu kenderaan berat mengambil barang terlarang.

 

Rakan dedah pemandu treler sudah meninggal dunia akibat sakit jantung? 

Pun begitu, video yang tular itu telah mendapat perhatian rakan pemandu berkenaan yang mendedahkan pemandu yang digelar Pakcik Shukri ini rupa-rupanya sudah meninggal dunia akibat sakit jantung.

Tuduhan pemandu berkenaan mabuk atau mengambil barang terlarang tidak benar sama sekali dan rakannya memaklumkan bahawa dia telah mengalami serangan jantung hingga tidak dapat mengawal kenderaan dengan baik semasa kejadian berlaku.

geng lori bas

tak mabuk 1

Korang boleh tengok video penjelasan rakannya di sini.

 

“Patut dia tanya pakcik tu okay ke tak” 

Penjelasan dari rakan pemandu treler tersebut telah mengundang rasa tidak puas hati netizen terhadap perakam video sehingga ada yang meminta perakam untuk memohon maaf kepada keluarga mangsa.

Apa-apapun ramai juga yang mendoakan semoga keluarga pemandu tersebut tabah dengan apa yang terjadi dan semoga arwah ditempatkan bersama para solihin.

pakcik syukri

Menerusi update terbaru dari PDRM, pemandu treler itu telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sg Buloh pada 3 Januari 2022 pada jam 12.09 tengah hari. Punca kematiannya adalah ‘Myocardial Infarction’. 

https://twitter.com/redzuannewsmpb/status/1478237444663169025?s=21

Takziah buat keluarga pemandu treler tersebut. Al fatihah. 

Baca: Waspada Zon ‘Blind Spot’! Anak-Anak Perlu Tahu Zon Bahaya Turun Bas & Van Untuk Elak Kemalangan

blind spot

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.