in

Dituduh Dana Ditaja ‘Freemason’, Shuib Dedah Hasil Jualan Bubble Bee Cecah RM150 Juta

Bubble Shuib Freemason

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelawak dan penyampai radio Shuib telah difitnah oleh beberapa individu yang menuduhnya terlibat sebagai ahli Freemason akibat kematian arwah Siti Sarah.

Bukan itu sahaja, kekayaan yang dimiliki beliau ketika ini turut dikaitkan dengan organisasi tersebut dengan ada yang mendakwa bahawa perniagaan yang diasaskannya iaitu minuman Bubble Bee menggunakan dana yang diberikan Freemason.


Ekoran itu, Shuib telah membidas dakwaan tersebut dengan menjelaskan kekayaan yang diperoleh hasil daripada perniagaan Bubbe Bee.

Menurut Shuib, perniagaan yang diusahakannya sejak tiga tahun lalu berjaya meraih keuntungan jualan sebanyak jutaan ringgit, sekali gus mampu membuka banyak cawangan di seluruh negara.

“Saya struggle tiga tahun buat Bubble Bee. Sampai ada yang cakap sales bukan tinggi pun, tiba-tiba boleh kaya-raya, tiba boleh buka franchise banyak.

“Apa yang saya nak beritahu di sini, Alhamdulillah, selama tiga tahun jalankan perniagaan ini, atas sokongan ramai orang, kami berjaya membuat jualan sebanyak RM150 juta.

“Jadi hasil jualan itu daripada semua orang, kenapa masih ada pihak yang mahu mempertikaikan perniagaan saya menggunakan wang dari Freemason?” luahnya.

Shuib turut kesal dituduh ahli Freemason sehingga menyebabkan terdapat pekerja Bubble Bee yang mahu berhenti kerja kerana percaya dengan dakwaan tersebut.

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada segelintir yang kagum dengan usaha keras Shuib membangunkan bisnes minuman itu dan ada juga yang meminta syarikat itu mengeluarkan laporan audit untuk mengesahkannya.

Baca: Fitnah Shuib Terlibat Geng ‘F’, John Dihani Buat Permohonan Maaf Tapi…
Shuib John Dihani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.