in

Dituduh Berpura-pura Peduli Dengan Isu Orang Asli, Bekas MB Pahang Selar Siti Kassim Di Lobi Mahkamah

siti kassim tok nan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam apabila dua figura yang dikenali iaitu bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob (Tok Nan) dan peguam, Siti Kassim berperang mulut dipercayai mengenai isu Orang Asli.

Menerusi video yang tular di media sosial, pertengkaran ini dilihat berlaku di hadapan mahkamah sewaktu Adnan Yaakob sedang menuju ke kenderaan yang membawanya.


Situasi itu turut menarik perhatian pengamal media, yang mana Adnan Yaakob bengang apabila Siti Kassim menuduhnya sebagai mahu ‘menjual diri’ kepada Orang Asli.

Artikel berkaitan: “Apa level keb*dohan & kejahilan ni?” – Faizal Tahir Selar Siti Kassim Tentang Isu Palestin

Artikel berkaitan: Bahan Letupan Ditemukan Bawah Kereta Siti Kasim Disyaki Cubaan Bunuh – Polis

Sebelum insiden berkenaan, Adnan Yaakob dilihat berbual dan merakam gambar bersama Orang Asli di kawasan lobi tersebut.

adnan siti

Memetik laporan Sinar Harian, Siti Kassim mengeluarkan kata-kata yang meminta Orang Asli tidak mendengar cakap orang politik kerana golongan ini disifatkan sebagai penipu.

“Jangan banyak cakap, Orang Asli banyak kali sudah kena tipu. Betul tak?” soalnya.

Adnan Yaakob yang tidak berpuas hati dengan kata-kata Siti Kassim turut mengatakan bahawa peguam itu kerap menipu.

Beliau turut mempertahankan dirinya dengan mengatakan beliau mempunyai hubungan baik dengan Orang Asli di Pahang.

“Awak baru sekarang. Tanya orang asli Pahang (hubungan) dengan aku macam mana. Jangan masuk campur.

“Sudahlah ini, peguam penipu, bukan hal dia tapi dia campur,” katanya.

Siti Kassim bengang dan memberikan amaran kepada Adnan Yaakob agar tidak menuding jari ke arahnya.

Difahamkan, perang mulut antara kedua-dua individu tersebut yang berlanjutan lebih 10 minit sebelum Adnan Yaakob dan Siti dilihat beredar ke tempat masing-masing.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.