in

“Ditinggalkan di hospital” – Kejadian Temb*k Di Pantai Morib, 1 Maut 4 Cedera

kejadian tembak di pantai morib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari in berlaku satu kejadian tembak yang mana seorang maut dan empat lagi cedera di kawasan perairan berhampiran pantai Morib, Kuala Langat, Selangor.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini identiti individu terbunuh itu belum dikenalpasti manakala empat yang cedera dipercayai warga Indonesia.


“Mangsa terdiri daripada lima lelaki di mana seorang daripada mereka disahkan mati di tempat kejadian, manakala empat lagi mengalami kecederaan.

“Seorang yang cedera dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut manakala tiga lagi sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang,” katanya.

Screenshot 2025 01 24 172006

Polis memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sementara itu, sumber melaporkan Maritim Malaysia menemui bot dinaiki lelaki yang terbunuh itu ketika sedang membuat rondaan di kawasan perairan pantai Morib.

Selain lelaki itu, mereka juga menemui seorang lagi yang cedera dalam bot berkenaan.

Difahamkan juga, tiga lelaki rakan mereka yang turut cedera dalam kejadian tembakan berkenaan, berenang ke pantai sejurus selepas itu.

3135312

Terdahulu, ketiga-tiga mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Berdasarkan laporan, dua daripada mereka sempat memakai pakaian yang masih basah sementara seorang lagi hanya memakai seluar pendek.

Ketika ditanya, semua individu terbabit memberikan alasan yang bercanggah mengenai kecederaan itu, namun pemeriksaan mendapati mereka cedera akibat tembakan.

Susulan kejadian itu, pihak hospital membuat laporan polis berhubung penerimaan pesakit mencurigakan ini.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.