Seorang remaja perempuan berumur 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 12 Mac lalu dilaporkan telah ditemui.
Perkara itu dikongsi oleh seorang pengguna X awal pagi ini menerusi satu ciapan. Dalam ciapan @shvshvv itu, kelihatan wajah remaja tersebut, Siti Dhia Batrisyia Chairil Anwar.
Menurut tangkap layar yang disertakan bersama ciapan, pihak keluarga Siti Dhia mengatakan remaja itu duduk bersendirian dia belakang sebuah kedai mamak sebelum berjaya ditemui oleh individu lain.
Artikel berkaitan: Hilang Sepasang Tangan Akibat Kemalangan, Pelukis Kudung Terima Tangan Baru
Artikel berkaitan: “Dhia, baliklah ya” – Ibu Rayu Bantuan Orang Ramai, Anak Dah 3 Hari Tak Balik
Berjaya ditemui
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur dengan penemuan semula remaja itu. Dalam kesempatan itu juga, ramai yang mengingatkan satu sama lain akan pentingnya menjaga keselamatan anak-anak terutamanya yang mula menjengah usia remaja.
Yang ini betul. Sebab risau juga dalam laporan sebelum ini bapanya kata, mangsa ada teman lelaki yang sudah berkerja. Kita buat checkup cuma untuk kepastian sahaja.
Mungkin sembab sebab tak dapat tidur yang berkualiti. Dah berapa hari tu hilang, dari 12 Mac haritu kot. Apa-apa pun kita bersyukur lah mangsa dah ditemui.
Cara didikan dirumah dengan berlainan generasi ni sangat penting. Lagi-lagi dengan akses dunia luar tanpa batas melalui telefon. Sebagai parents, kita kena cakna dengan perubahan perangai anak dan cuba beri perhatian yang terbaik untuk mereka.