Penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi menerima satu kritikan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan kerana mempromosikan satu produk nikotin.
Menerusi perkongsian Public Health Malaysia di Facebook yang kini telah dipadamkan, tindakan Siti Nurhaliza mempromosikan produk nikotin tersebut dianggap tidak wajar biarpun ia tidak menghasilkan asap seperti rokok.
Artikel berkaitan : Umai Hampir Tak Sertai WCOPA Kerana Kekurangan Dana RM 80K, Siti Nurhaliza Bantu Beri Dana
Artikel berkaitan : Dituduh Tak Ada Job Sebab Sering Muncul Di ‘Live’ TikTok, Anak Tiri TokTi Bidas Kenyataan Netizen
Menurut PHM, produk tersebut merupakan produk yang bersifat ketagihan yang memberi kesan terhadap jantung, malah pengaruhnya yang begitu kuat sekaligus membuatkan golongan muda ingin mencubanya.
Dalam pada itu, PHM juga menjelaskan bahawa produk itu bukanlah produk yang berdaftar dan jualannya tidak dibenarkan di Malaysia selain menegaskan bahawa aktiviti mempromosikan produk tersebut melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.
Terpanggil dengan teguran itu, penyanyi lagu Cindai ini bagaimanapun tidak melatah dan akui kekhilafannya itu. Oleh itu, Siti Nurhaliza memohon maaf dan mengakui kesilapannya membuat perkongsian tanpa menyelidik produk itu.
“Maaf atas khilaf saya mengenai produk saya masukkan di Instagram saya sebelum ini. Saya sedar ini adalah khilaf saya tanpa menyelidik atau mengetahui sepenuhnya mengenai produk tersebut.”
Malah, Siti Nurhaliza juga berterima kasih atas teguran yang diberikan dan memaklumkan bahawa beliau sudah memadamkan hantaran tersebut.
“Terima kasih atas teguran, pemberitahuan dan juga memaklumkan ini kepada saya. Saya sudah memadam hantaran tersebut dan terima kasih sekali lagi atas teguran yang diberikan.”
Sebelum ini, Siti Nurhaliza ada muat naik satu hantaran yang mempromosikan produk nikotin yang dipercayai merupakan perniagaan anak tirinya iaitu Aazief Khalid.
Sumber : mStar Online