Siapa tak kenal Dato’ Seri Siti Nurhaliza kan? Penyanyi nombor satu negara itu baru-baru ini telah mengadakan sambutan majlis ulangtahun kelahiran anak sulungnya yang ke-2, Siti Aafiyah.
Sambutan yang diraikan secara bersederhana dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat tampak meriah walaupun masih mematuhi SOP. Korang boleh tengok beberapa gambar yang dimuatnaik oleh Tokti sendiri di Instagram @ctdk
Disebalik kemeriahan majlis tersebut, tersingkap perdebatan antara netizen menerusi ruangan komen di satu gambar yang dimuatnaik oleh Tokti sendiri. Gambar makanan yang disediakan pihak penaja majlis berkenaan menjadi buah mulut netizen kerana kualiti imej nya.
Komen netizen
Bila tengok gambar tu, netizen apa lagi, memang nak komen terus lah. Isunya, komen netizen kali ni tak murni. Ada yang mengecam gambar tersebut dan tak kurang juga yang salah cakap gambar udang butter floss tu sebagai mihun goreng.
Aduh… terpulanglah dekat Tokti nak upload dekat mana pun. Jangan lah tegur macam ni. Tak best lah.
Admin pun tak faham dengan netizen ni, ada je benda nak kecam. Tapi nasib baik dia minta maaf awal-awal tu. Kalau tak… habis lah.
Admin pun rasa gambar ni bukan dari phone Tokti sendiri. Walau darimana pun sumber gambar ni, benda tu tak membolehkan netizen untuk kecam sesuka hati. Kesian Tokti, tengah syok-syok celebrate birthday Aafiyah, kena layan pulak komen netizen.
Respon Tokti
Tidak hanya berdiam diri, Tokti tampil mempertahankan dirinya dan turut membalas komen di gambar yang sama
Setiap orang ada cara masing-masing… fuhh memang kena lah dekat netizen yang komen tak murni tu.
Orang cakap, kita kalau takde benda baik nak cakap, lebih baik berdiam diri. Sama-sama ambil pengajaran ye.