Pada 16 Ogos lepas, seramai 41 orang rakyat Palestin yang cedera telah selamat tiba di Malaysia untuk menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Mereka telah diiringi oleh 86 orang waris dan kebanyakannya difahamkan mengalami kecederaan seperti melecur, patah kaki dan ada juga hilang anggota tubuh badan.
Pun begitu, di sebalik misi kemanusiaan ini, timbul pula satu cerita yang tidak sedap didengar apabila ada pihak dikatakan telah mengambil kesempatan dengan memohon derma atas nama rakyat Palestin yang ada di sini.
Artikel berkaitan: “Malaysia cantik!” – Netizen Luah Rasa Terharu, Akui Sebak Lihat Reaksi Rakyat Palestin Ketika Tiba Di Malaysia
Artikel berkaitan: TUDM Terbangkan 2 Pesawat Ke Mesir, Bawa Warga Palestin Cedera Untuk Rawatan Di Malaysia
“Semuanya ditanggung penuh kerajaan”
Menurut page Facebook PW Community, telah tular poster dari sebuah NGO yang didakwa memohon derma untuk menyediakan 150 pek makanan buat makanan tengah hari dan malam untuk rakyat Palestin yang sedang dirawat di sini.
Berdasarkan poster berkenaan, NGO berkenaan menganggarkan kos sebanyak RM25 per pax buat kedua-dua hidangan yang akan disediakan oleh chef dari Palestin.
Susulan itu, PW mendakwa perkara tersebut adalah scam semata-mata kerana segala kos pengangkutan, penginapan dan makanan untuk rakyat Palestin yang dibawa masuk ke sini ditanggung penuh kerajaan.
Malah tiada badan luar yang terlibat dalam misi ini, selain dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menguruskan hal logistik berkaitan misi tersebut.
NGO nafi jadi scammer
Dalam pada itu, NGO yang terlibat dalam isu ini telah mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka telah menghentikan operasi berhuhung derma makanan tersebut setelah berbincang dengan individu yang didakwa Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan.
Malah pihak NGO tersebut menafikan usahanya dalam menyediakan makanan buat rakyat Palestin adalah scam semata-mata dan meminta supaya tidak menyebarkan berita palsu mengenai pertubuhan mereka.
Dalam masa yang sama, anak kepada mantan Perdana Menteri ada juga mengeluarkan kenyataan berhubung pertubuhan tersebut di laman Facebook miliknya.
Walau bagaimanapun, pihak PW tetap menegaskan bahawa pihak tersebut hanya ingin mengambil kesempatan dan ATM sudah pun bersedia dengan rapi untuk menerima dan merawat rakyat Palestin yang cedera dalam misi kemanusiaan itu.
Sebaiknya sebelum menderma, siasatlah terlebih dahulu takut kita hanya mengkayakan scammer semata-mata.
Sumber: Facebook