in

Disangka Terima Emel ‘Spam’, Wanita Ini Terkejut Rupanya Memang Menang Loteri RM13.8 Juta

1loeri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka emel ‘spam’ yang diterima sebenarnya emel sebenar dan bagi kita hadiah yang tak disangka-sangka.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita berusia 55 tahun dari Michigan, Amerika Syarikat. Laura Spears tanpa sedar telah memenangi wang loteri berjumlah £2,500,000 (kira-kira RM13,800,000) selepas beliau memeriksa folder spam dalam emel miliknya.


Screenshot 2022 03 19 at 10.16.58 AM

Spears telah berjaya meneka nombor 5 digit untuk memenangi sejumlah wang bernilai £740,000 dan diganda tiga hanya kerana beliau telah membayar gandaan ‘Megaplier’.

Bercakap kepada sumber dari Sky News, Spears telah melihat satu iklan di Facebook berkenaan loteri atas talian dan merasakan beliau perlu meneka nombor dan membeli tiket loteri. Beberapa hari kemudian ketika beliau mencari emel dari seseorang dalam folder spam, nombor yang diteka beliau telah memenangi hadiah. Screenshot 2022 03 19 at 10.18.28 AM

Pada mulanya Spears seakan tidak mempercayai apa yang dibacanya, kemudian beliau terus masuk ke laman loteri atas talian tersebut dan terkejut melihat yang beliau telah memenangi sejumlah wang yang sangat besar.

Screenshot 2022 03 19 at 10.18.00 AM

Pada pertengahan bulan Januari lalu, Spears telah ke pejabat loteri untuk menuntut wang yang telah dimenangi beliau.

Spears berhasrat untuk bersara awal dengan duit loteri itu dan berkongsi sebahagian dari hasilnya kepada kaum keluarganya.

Sumber: Sky News

Baca: Michael Carroll Menang Loteri RM50 Juta Tapi Belanja Sampai Habis, Sekarang Buat Kerja Buruh

Screenshot 2022 03 19 at 10.15.38 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.