in

Disangka Mabuk Ketika Kemalangan, Penduduk Kampung Bakar Kereta Wanita Ini Sampai Hangus

cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kereta Kia Sephia milik wanita berusia 56 tahun telah dibakar oleh penduduk kampung selepas beliau disyaki mabuk ketika melanggar dua remaja yang sedang menaiki motosikal.

1 18

Semuanya terjadi apabila wanita tersebut yang juga seorang penjual sayur sedang dalam perjalanan pulang dari menghantar sayur, apabila secara tiba-tiba dia ternampak haiwan yang sedang melintas jalan di Jalan Ara Kuda, Pulau Pinang.


Ketika dia cuba untuk mengelak daripada melanggar haiwan tersebut, kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar dua motosikal yang dibawa oleh dua remaja berusia 14 tahun.

Dua remaja tersebut cedera parah dan telah dibawa ke Hospital Seberang Perai untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, Honda Wave dan Yamaha LC yang ditunggang oleh remaja tersebut rosak teruk selepas kemalangan.

3

Wanita tersebut meninggalkan kawasan kemalangan untuk membuat laporan polis dan mendapati keretanya telah hangus dibakar selepas pulang semula tempat kejadian sekitar pukul 2 pagi.

2 16

Hasil siasatan polis mendapati wanita tersebut negatif di bawah pengaruh alkohol. Polis kini sedang menyisat punca dan pelaku kebakaran kereta tersebut, dipercayai dilakukan oleh penduduk kampung di sekitar kawasan kemalangan.

Kredit: Free Malaysia Today

 

BACA: Rakyat Jangan Terburu-buru Desak Pemandu Mabuk Dikenakan Hukuman Mati -Menteri Pengangkutan

Capture 13

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.