Siapa je tak happy bila orang lain wish birthday, kan? Kebiasaan orang akan dapat ucapan hari jadi daripada orang terdekat seperti keluarga dan kawan-kawan. Nak dapat wish daripada strangers ni jarang sangat.
Artikel berkaitan: “So sweet!” – Aksi Spontan Wan Azizah ‘Wish Birthday’ Dekat PMX Curi Tumpuan
Artikel berkaitan: [VIDEO] Lawak! Nak ‘Surprisekan’ Birthday Kawan, Tapi Bila Terjah Bilik Rupanya...
Namun, berbeza terjadi kepada wanita ini. Satu pengalaman yang luar biasa berlaku sempena hari jadinya. Kali ni betul-betul rare ye!
@izzahanuar52 Terima kasih warga Seremban?? Happy Birthday kak @Idayu Husain ? Dah meningkat usia, jangan marah2 lagi orang hon??????#fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #berandatiktok #berandafyp #ambiltahu #birthday #birthdayprank #birthdaygirl
Satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok semalam, memaparkan kenangan manis yang sempat direkod sempena hari lahir kakak kesayangannya, Idayu Husain. Pada mulanya, dia menampal satu kertas bersaiz A4 di belakang kereta kakaknya. Kertas itu dicetak dengan ayat,
“Hari ni birthday saya. Sila hon tiga kali untuk wish birthday!”
Kemudian, kakaknya memandu kereta itu di sekitar Seremban tanpa mengetahui tentangnya. Sporting betul warga Seremban kerana usahanya menampal nota itu sangat berhasil!
Ramai orang di jalan raya mula memberi hon sebanyak 3 kali sebagai tanda mereka ucap hari jadi kepada pemilik kereta itu.
Disebabkan kena hon, wanita ini mula tertanya-tanya apa salahnya sehingga dia mula risau jika tayar keretanya mempunyai masalah. Semakin lama semakin ramai orang hon kereta itu membuatkan wanita ini mula marah dan stres sedangkan dia sudah pun memberi signal dan memandu dengan berhemah.
Ada juga pengguna jalan raya lain memandangnya sambil tersenyum ketika sedang memberhentikan kereta.
Setelah kereta itu sampai dan parkir di destinasi, dua orang adik perempuan wanita itu terus menunjukkan kertas A4 di belakang keretanya. Sekarang baru dia faham kenapa orang lain hon keretanya ketika di jalan raya tadi.
Video kenangan lucu dan kelakar ini telah mendapat pelbagai respon daripada netizen. Mereka bergelak ketawa melihat gelagat wanita itu yang sebab kena hon ketika memandu tadi.
Bestnya! Satu Seremban wish dekat akak ni!
Sumber: TikTok