in

Dirang: Mangsa Perbuatan Kejam Manusia Tanpa Perikemanusiaan

Dirrr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai yang sudah lupa dengan kisah tragis dan menyayat hati ini. Seorang kanak-kanak yang dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan oleh pembunuhnya. Kanak-kanak tau! Kanak-kanak comel yang tak tau apa-apa diperlakukan seperti barang. Memang kejam pelaku tu!

Bagi yang mungkin dah tak ingat pasal kes pasal Nurul Nadirah atau lebih mesra dikenali sebagai Dirang, meh admin ceritakan balik tentang kisah sedih ini.


 

1. Pergi ke kedai berseorangan

Pada awal pagi 1 Mac 2012, Dirang berusia 5 tahun ketika tu terjaga dari tidur mengadu lapar kepada ibunya dan teringin makan mi segera. Berbekalkan duit RM4 dan sekeping nota bertulis “Mi segera dua bungkus dan telur RM2” yang ditulis ibunya, Dirang terus melangkah ke kedai runcit berhampiran.

Dir1
sumber: blog

Selepas setengah jam keluar, ibunya mula risau sebab Dirang tak balik-balik. Bapa dia terus bergegas ke kedai runcit tu tapi pulang dengan hampa sebab orang kedai tu cakap Dirang dah balik pun lepas beli telur dan mi segera.

Bukan je keluarga Dirang bahkan orang ramai yang tinggal kat flat yang sama semua membantu cari kanak-kanak tu kat seluruh pelosok tempat. Laporan polis pun dah dibuat untuk membantu mencari mangsa. Mesti parents dia runsing

Dir3
sumber: blog

 

2. Sepasang suami isteri yang mencurigakan

Sebelum kejadian kehilangan tu, ada sepasang suami isteri yang boleh tahan mencurigakan baru pindah kat situ. Ramai yang tinggal kat situ tak kenal langsung dengan pasangan ni sebab dorang tiba-tiba je pindah masuk dekat rumah kosong yang dilelong oleh bank. Lagi suspicious sebab banyak gila kes kecurian yang jadi kat situ lepas dorang pindah masuk.

Dir2
sumber: mstar

Nak tau tak apa yang lagi pelik pasal pasangan tu? Ada sekali ni, beberapa orang kat situ perasan yang masa dorang tengah menunggang motosikal, pasangan ni tengah pegang sesuatu yang dibungkus dengan kain.

Orang flat tu pun apa lagi, dorang cuba kejar pasangan tu sebab dorang ternampak tangan kanak-kanak terjulur keluar dari dalam bungkusan tu. Tapi dorang gagal kejar pasangan tu. Tangan sapa weh??

 

3. Serpihan mayat ditemui

Pencarian Dirang berakhir dengan tangisan apabila mayat dia ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai pada 8 Mac 2012. Kanak-kanak kecil itu telah dibunuh dan dibakar tanpa belas kasihan. Kejamnya pelaku tu!

Dir4
sumber: blog

Dirang disumbat di dalam lubang sedalam 0.36cm yang ditutup dengan papan lapis. Pakar forensik jumpa tengkorak bersaiz kecil, serpihan kulit kepala, sedikit rambut dengan wajah mangsa dalam keadaan mendongak.

Kejam gila bila kaki mangsa jugak dah bercerai daripada badan dan ruang pembukaan dada dan abdomennya terkoyak sebab kepanasan haba yang dahsyat. Selain rupa parasnya pun jugak musnah kerana kebakaran tu. Allah kesiannya…

 

4. Kematian disebabkan dendam

Masa mula-mula, polis mengesyaki ayah mangsa, Hendry Yongot sebagai dalang dalam kes ni tapi ternyata telahan dorang salah. Pun begitu, ayahnya telah diarah pulang ke Filipina kerana tak ada dokumen sah perjalanan untuk berada di Malaysia.

Lepas tu, 3 suspek terdiri daripada dua lelaki dan sorang wanita ditangkap untuk siasatan lanjut.

Dir9
sumber: blog

Nenek Dirang, Milnah Jul dikatakan pernah bergaduh dengan salah seorang suspek yang ditahan kerana dia tegur tentang kecurian kabel dan tindakan suspek memukul seorang budak yang tinggal kat flat dorang sebelum ni.

Siap la kau nanti.. ingat aku takut berperang dengan kau…!”

Itulah antara jeritan dan ugutan salah seorang daripada suspek tersebut. Tapi nenek Dirang menjelaskan yang lepas kejadian tu dorang hidup dan bertegur sapa macam biasa. Suspicious jugak ni…

 

5. Kematian Dirang dibela

Akhirnya kematian kanak-kanak tak bersalah ini mendapat keadilan. Hasil bukti yang kukuh dan valid, Muidin Maidin seorang buruh kontrak telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Dir5
sumber: astro awani

Bukti DNA yang dikesan dalam kemaluan dan dubur mangsa hanya melibatkan mangsa dan tertuduh. Selain cebisan pelikat tertuduh pun dijumpai kat tempat kejadian. Keterangan saksi jugak mengukuhkan lagi kesalahan Muidin ni.

Lepas je jatuhkan hukuman, hakim kes tu terus kecam Muidin dan sifatkan dia ni sebagai penjenayah yang kejam, tak berhati perut dan tak berperikemanusiaan sebab lakukan perbuatan tersebut ke atas Dirang yang merupakan insan kecil dan masih belum tahu apa-apa. Hakim pun terkesan weh!

 

6. Tangisan yang tak membawa makna

Dir7
sumber: blog

Sebaik hukuman dijatuhkan, Muidin yang mulanya berdiri tenang jatuh terduduk dan menangis. Tiga saudara perempuannya yang ada sekali kat mahkamah tu pun turut menangis.

“Ke tepi, ke tepi,” jerit Muidin dalam tangisan sambil cuba menendang jurugambar-jurugambar akhbar yang mengambil gambarnya masa dia diiringi polis ke lokap mahkamah.

Dir8
sumber: the star

Tak guna nak sesali benda dah jadi. Binatang pun tak kejam macam ni.

Baca: 5 Kes Pembunuhan Yang Masih Menjadi Misteri Sehingga Kini

Dir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.