Belum sampai sehari pun dilancarkan, single pertama daripada bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli dah trending di Youtube! Lagunya yang bertajuk Hujan tersebut telah pun berjaya mendapat sebanyak 443 820 jumlah tontonan dalam masa 17 jam selepas dilancarkan.
Dia yang juga kini seorang usahawan telah pun mendapat banyak pujian daripada para netizen di ruangan komen posting muzik video lagunya itu di Youtube. Ramai yang kata si Iqbal ini memiliki suara yang unik!
“Terbaik! even you bukan artis, but I puji this MV, perfect untuk first try, terbaik Iqbal!”- Netizen
Pun begitu, ramai juga yang memuji Eric Fuzi (Floor88) sebagai pengarah muzik video lagu tersebut kerana telah berjaya membuat muzik video itu disampaikan dengan penuh emosi sehingga menyentuh hati peminat!
“Good starting, Iqbal. Tanpa sentuhan Eric, memang takkan jadi MV ni. Tahniah Rusa. Tahniah crew semua!”-Netizen
Akan tetapi, melalui perkongsian para netizen di laman TikTok, ramai yang memberi spekulasi tentang karakter-karakter di dalam muzik video lagu tersebut. Katanya dua orang kanak-kanak dalam video itu digambarkan sebagai Cik B dan Kacak. Betul ke?
Tak dinafikan Iqbal seperti memang hendak menyampaikan ‘sesuatu’ melalui muzik video lagunya itu. Sebelum ini, Iqbal juga ada mengatakan bahawa dia ingin menceritakan tentang kisah hidupnya dalam lagu tersebut.
Boleh tonton muzik video Hujan daripada Iqbal Zulkefli ini di link di atas.
Tahniah Iqbal dan team!
Baca: Nak pergi selamatkan Iqbal, Terjah Rumah Jam 3 Pagi, DSV Dakwa Iqbal Kena Sihir