in

“Dipromosikan oleh selebriti terkenal”- Mangsa Penipuan Pakej Umrah Kecewa, Gagal Hubungi Syarikat Pelancongan Lepas Ditipu

penipuan pakej umrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kes penipuan pakej pelancongan dan umrah masih menjadi-jadi di negara Malaysia ini.

Terkini, mangsa-mangsa penipuan pakej umrah sebuah syarikat pelancongan tempatan telah menyertai sebuah sidang media yang diadakan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) berhubung kejadian itu untuk mendapatkan keadilan buat diri mereka yang telah ditipu agensi tersebut.


Difahamkan, penipuan pakej umrah itu melibatkan seramai 90 orang mangsa dan nilai kerugian cecah RM506,599 secara keseluruhan, lapor Berita Harian.

8

Artikel Berkaitan: Lebih 300 Jemaah Terkandas, Polis Tahan Pasangan Suami Isteri Didakwa Terlibat Penipuan Pakej Umrah

Artikel berkaitan: Jemaah Warga Emas Ditipu, 15 Tahun Ikat Perut Makan Nasi & Bawang Kumpul Duit Ke Tanah Suci

Antara yang menjadi mangsa penipuan pakej umrah itu ialah pasangan suami isteri yang baru bersara pada tahun lalu.

Pasangan suami isteri ini tidak dapat menahan dari meluahkan kekecewaan mereka setelah ditipu oleh syarikat pelancongan itu kerana mereka berdua sering berjimat-cermat dengan cara tidak makan di luar dan sering memasak di rumah kerana mahu menabung untuk menunaikan umrah bersama-sama.

Menurut mangsa-mangsa kes ini lagi, mereka tertarik untuk menggunakan pakej yang ditawarkan oleh syarikat tersebut untuk menunaikan umrah kerana mereka melihat tawaran pakej itu murah dan ia telah dipromosikan oleh artis terkenal tempatan.

Oleh sebab itulah, mereka yakin untuk membeli pakej umrah tersebut. Tambahan pula, difahamkan, syarikat tersebut berdaftar dengan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya).

Namun mangsa-mangsa ini sedar telah ditipu apabila jadual penerbangan mereka untuk ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah telah ditunda berulang kali.

Lebih duka cita apabila syarikat tersebut akhirnya tidak dapat dihubungi langsung oleh mangsa-mangsa yang mahukan penjelasan daripada pihak syarikat pelancongan tersebut.

Semoga mangsa-mangsa kes ini akan mendapat keadilan secepatnya. 

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.