Dalam senyap-senyap, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi telah melangsungkan perkahwinannya dengan seorang jutawan iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari 2022 lalu.
Setelah sekian lama ‘single’ ramai yang teruja melihat perkahwinan bekas pelajar Akademi Fantasia ini yang berusia 35 tahun.
https://www.instagram.com/p/CYLZbJYJJ-P/
Imej janggut panjang hingga ke perut jadi perhatian?
Pun begitu, tiba-tiba isu janggut panjang milik Mahadi menjadi perbualan netizen apabila ada segelintir individu kurang gemar dengan imej suami kepada Heliza ini.
Ada yang mula mengatakan beliau kurang secocok dengan Heliza dek kerana berpenampilan tersebut. Alahai ada-ada je netizen ni kan…
Dah simpan janggut dari umur 22 tahun
Menerusi satu perkongsian di TikTok milik @produk.muslim.bmf, Mahadi sebenarnya sudah menyimpan janggut tersebut sejak dia berusia 22 tahun lagi.
Ini bermakna sudah 17 tahun Mahadi menyimpan dan menjaganya dengan baik serta sudah pastinya dia mempunyai sebab tertentu menyimpan janggut tersebut selain daripada mengamalkan sunnah nabi.
https://www.tiktok.com/@produk.muslim.bmf/video/7048146861626051866?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Malah terdapat netizen juga tidak kisah dengan penampilan Mahadi kerana menganggap itu hak dia untuk menyimpan janggut sepanjang itu dan jika dia menjaga ia dengan baik, maka tidak menjadi sebarang masalah.
Seeloknya kita mendoakan yang baik-baik buat pasangan ini dan semoga mereka mendapat kebahagiaan daripada perkahwinan tersebut.
Baca: Heliza Helmi Sah Bernikah Dengan Pilihan Hati, Ramai Peminat Ucap Tahniah