in

Dipercayai Ditinggalkan Tuan, Lebih 1,000 Kucing Berkeliaran Di Koh Phi Phi

3Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lebih 1,000 ekor kucing ditinggalkan terbiar dan berkeliaran di sebuah pulau di Thailand akibat pandemik. Koh Phi Phi, sebuah pulau daripada gugusan kepulauan daerah Krabi dipenuhi kucing selepas dipercayai ditinggalkan oleh tuan mereka sejak awal pandemik tahun lalu yang menghentikan sektor pelancongan dunia.

Screenshot 2021 09 05 At 1.25.58 Pm

Menurut Thaiger, tuan-tuan kucing yang ditinggalkan itu adalah pekerja dan usahawan di pulau tersebut yang telah meninggalkan pulau itu kerana Covid-19. Mereka dipercayai hanya meninggalkan kucing milik mereka untuk sementara dan akan kembali selepas tamat pandemik tetapi hal yang lain pula terjadi selepas pandemik Covid-19 masih belum reda.


Screenshot 2021 09 05 At 1.31.41 Pm

Dalam satu lagi laporan dari Thai PBS, pihak berkuasa tempatan cuba mengawal kucing-kucing itu dari membiak dengan lebih banyak dengan melaksanakan pengkasian, namun usaha itu masih tidak menunjukkan hasil yang signifikan.

Screenshot 2021 09 05 At 1.34.20 Pm

Para sukarelawan juga sedang berusaha untuk membantu ‘komuniti kucing’ di Koh Phi Phi dengan mewujudkan satu laman Facebook untuk menerima sumbangan berupa makanan dari orang ramai. Korang boleh tengok usaha mereka di Phi Phi Island’s CatsScreenshot 2021 09 05 At 1.34.30 Pm Screenshot 2021 09 05 At 1.34.38 Pm Screenshot 2021 09 05 At 1.34.50 Pm

Harap kucing-kucing kat situ sentiasa selamat dan cukup makan lah ye. Kesian tengok kena tinggal dengan tuan dia dari tahun lepas.

 

Baca: 4 Cara Paling Selamat Dan Selesa Untuk Angkat & Dukung Kucing

Screenshot 2021 09 05 At 1.40.45 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.