in

“Diorang ‘tinggalkan’ dalam kapal” – Pramugari Kongsi Pengalaman Seram Ketika Bawa Jemaah Ke Tanah Suci

Jemaah Haji Tinggalkan Saka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya kita mendengar kisah atau pengalaman yang menginsafkan daripada pramugari atau kru kabin yang membawa jemaaah ke tanah suci.

Namun, kisah yang dikongsikan oleh pramugari ini berbeza selepas membuat pendedahan mengenai pengalaman seram yang pernah dialaminya ketika bertugas.


Menerusi satu sesi podcast dikendalikan oleh bekas pramugara yang juga penyanyi iaitu Zarul Umbrella dan CK Faizal, pramugari yang dikenali sebagai Bella mulanya berkongsi cerita mengenai sikap jemaah haji dan umrah.

Artikel berkaitan: “Masya-Allah” – Peniaga Turkiye Ini Puji, Lebih Hormati Jemaah Haji Malaysia Sebab…

Artikel berkaitan: [VIDEO] “Dah cakap baik-baik”- Pramugari ‘Dibelasah’ Penumpang Yang Tak Puas Hati Sebab Enggan Selfie Bersama

Dedahnya, segelintir jemaah cukup gemar meninggalkan ‘barang’ dalam pesawat sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan ibadah yang merupakan rukun Islam kelima itu.

Perkara ini menyebabkan kru kabin yang bertugas dinasihatkan untuk tidak mengutip barang yang ditinggalkan oleh para jemaah kerana dikhuatiri kejadian tidak diingini berlaku.

“Terutama ketika haji…bila diaorang naik kapal, ada yang tak tinggalkan lagi kat bawah atau tempat lain. Jadi, diaorang tinggalkan ‘tu’ dalam kapal.

“Jadinya, kalau kita nampak penumpang tinggalkan apa-apa barang dalam pesawat, kita tak ambil,” katanya.

Jelas Bella, dia setakat ini tidak pernah berhadapan pengalaman berjumpa dengan ‘barang-barang’ terbabit namun ada satu kejadian misteri yang dia tidak boleh lupakan.

Ceritanya, kejadian itu berlaku ketika dia mahu pergi berehat di crew bunk bersama rakan setugasnya.

“Saya cuma pernah mengalami kejadian misteri ketika waktu rehat apabila naik ke crew bunk.

“Naik ke crew bunk, saya tengok dia (rakan) sudah ada di situ. Selepas cakap, ‘Eh! cepatnya kau naik’. Dia diam sahaja. Kebetulan saya tertinggal berus gigi dalam beg. Jadi saya turun balik ke bawah. Sekali dia baru nak naik,” kongsinya.

@zarulumbrellaofficial

Podcast @bo@borakdalamgalley feat @bellanggun Ep 52 – Kisah Cabin Crew Kerasukan Lepas Buat Flight Haji #borakdalamgalley @CK Faizal

♬ original sound – Zarul Umbrella – Zarul Umbrella

Selepas kejadian itu, rakan setugasnya itu didakwa telah dirasuk apabila mereka sampai ke compound atau tempat tinggal yang disediakan oleh syarikat penerbangan.

Jelasnya, kebanyakan kejadian yang berlaku membabitkan jemaah dari Indonesia dan dalam kalangan warga emas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menduga barang yang ditinggalkan penumpang jemaah itu merupakan pendamping seperti saka dan seangkatannya.

Sementara itu, ada juga yang berkongsi mengalami pengalaman yang sama ketika bertugas di hotel yang didiami para jemaah sebelum berangkat ke tanah suci.

Screenshot 2024 10 15 170500 Screenshot 2024 10 15 170526

Uish, seram min dengar!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.