Siapa je kan yang tak tahu dengan siri Netflix yang pernah mencipta fenomena pada tahun 2021 iaitu Squid Game? Boleh kata semua pelakon diorang memang power!
Impak dari kehebatan lakonan diorang ni, mereka mula dikenali di serata dunia malah turut mencipta sejarah terbaru apabila menjadi selebriti pertama dari Asia yang memenangi anugerah-anugerah besar dari luar negara.
Namun, baru-baru ini satu kenyataan yang dibuat oleh seorang pengarah filem dari Amerika Syarikat iaitu Steven Spielberg mengenai barisan pelakon Squid Game ini telah meraih perhatian warganet di Twitter.
Steven Spielberg said the Netflix series "Squid Game" proves that "unknown people can star entire miniseries, can be in movies." https://t.co/7RTNcHywqt pic.twitter.com/sua1vszaPX
— IndieWire (@IndieWire) March 22, 2022
Menurut Indiewire, Steven yang pernah mengarah filem E.T: The Extra-Terrestrial ini memberikan pujian pada pihak Netflix kerana memberikan peluang kepada pihak produksi Korea Selatan untuk ketengahkan pelakon yang tak dikenali dalam siri mereka.
Kalau dulu, bintang lokal hanya akan berlakon di negara sendiri. tapi sekarang, orang tak dikenali pun boleh berlakon siri dan juga filem” – Steven Spielberg
Diorang ni femes gila kat Korea tau!
Ternyata kenyataan yang dibuat itu telah menjadi perdebatan di kalangan peminat-peminat drama dan filem dari Korea Selatan kerana perkataan ‘orang tak kenali’ yang ditujukan kepada barisan pelakon Squid Game.
Ramai menegaskan bahawa pelakon-pelakon siri itu merupakan selebriti yang disegani! Ada juga yang mengatakan populariti tak semestinya hanya tertumpu kepada aktor dan aktres dari Amerika Syarikat saja.
Tak kurang juga yang mengatakan bahawa industri seni ketika ini semakin maju malah siri-siri yang dibuat dari pelbagai negara juga mula mendapat perhatian peminat di serata dunia. Tambah pula dengan kesungguhan mereka dalam membawakan sesuatu watak.
Wah, mungkin sebab dari Squid Game tu kot baru ramai makin kenal pelakon Korea… Yang penting bakat dan mutu lakonan tu, betul tak?
Baca: Bukan ‘Jatuh Terduduk’, Tindakan Pelakon Squid Game Ini Rupanya Ada ‘Maksud’ Dalam Budaya Korea