Bila bercakap tentang keselamatan jalan raya, banyak peraturan yang perlu dipatuhi seperti memandu di lorong yang betul, memberi lampu isyarat dan sebagainya.
Kalau sebelum ini pernah tular mengenai individu yang berbasikal telah membahayakan pengguna jalan raya yang lain, kali ini ada pula cerita tentang individu yang membawa skuter elektrik di jalan raya sekitar Kuala Lumpur.
Pelancong asing naik skuter tengah jalan
Satu hantaran video oleh @nikhaelneil di TikTok, menunjukkan dua orang pelancong asing bersama-sama menaiki satu skuter elektrik awam di tengah jalan raya Kuala Lumpur. Skuter elektrik yang dinaiki oleh mereka dilihat terhuyung-hayang ketika mahu menukar lorong dan masuk ke susur jalan raya itu.
Artikel berkaitan: Pelancong Asing Mandi Di Kolam Air Pancut KLCC Ditahan Polis
Artikel berkaitan: Tak Hormat! Kerajaan T’ganu Cari Pelancong Asing Naik Motor Dalam Keadaan Separuh Bogel
Pemilik video tersebut juga perlu memperlahankan kereta dan mengawasi mereka dari belakang serta beberapa kenderaan lain yang berada di lorong yang sama dengan skuter itu juga terpaksa mengelak daripada mereka.
Bukan itu sahaja, pelancong asing wanita yang berada di bahagian belakang skuter itu sempat mengambil gambar menggunakan telefon pintarnya. Keadaan ini bukan sahaja membahayakan diri mereka malah pengguna jalan raya yang lain terpaksa berhati-hati dengan tindakan mereka.
@
“Dia ingat motor ke?” – Netizen
Video pendek berdurasi 14 saat itu telah menarik perhatian netizen di ruangan komen. Rata-rata daripada mereka bingung melihat tindakan yang membahayakan oleh dua orang pelancong berkenaan.
Bahaya betul macam ni.. risau orang lain tak perasan je..
Sumber: TikTok