in

Dilaporkan Hilang Ketika Mendaki, Doktor Malaysia M*ut Jatuh Gaung Di Pergunungan Itali

doktor malaysia maut jatuh gunung di itali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang doktor dari Malaysia ditemui maut dipercayai terjatuh dari tebing ketika mendaki pergunungan Dolomites di Itali.

Mangsa, Dr Khaw Bee Ling, 60, merupakan pakar perubatan dari sebuah hospital swasta di Sungai Petani, Kedah dilaporkan hilang 18 Julai lalu ketika mendaki di Croda del Becco, gunung terletak antara Ampezzo dan Braies Dolomites.


Menurut laporan, Dr Khaw mendaki bersama rakannya, sebelum mereka memutuskan untuk berpisah haluan, dengan Dr Khaw meneruskan pendakian ke puncak, manakala rakannya berpatah balik.

Artikel berkaitan: Seorang Pendaki Malaysia Dilaporkan Cedera Lepas Terjatuh Ketika Mendaki Gunung Rinjani Di Indonesia

Artikel berkaitan: “Terperangkap hampir 4 hari” – Pelancong Brazil J*tuh Di Gunung Rinjani Ditemui Meninggal Dunia

Screenshot 2025 07 23 at 4.35.55

 

Dr Khaw dilaporkan sempat menghantar mesej kepada rakannya memaklumkan beliau sesat dan memerlukan bantuan, tetapi tiada sebarang komunikasi diterima selepas itu.

Susulan itu, rakannya menghubungi pihak berkuasa yang melancarkan operasi pencarian Dr Khaw menggunakan helikopter, dron, anjing pengesan dan beberapa pasukan penyelamat gunung.

Bagaimanapun, mayatnya ditemui di dasar tebing dan tersepit di celah batu keesokannya, iaitu 19 Julai.

Pihak berkuasa percaya, mangsa terkeluar dari laluan di sebelah gunung Belluno, sehingga sampai ke kawasan bongkah batu yang curam dan licin sebelum terjatuh kira-kira 100 meter dan berakhir di dalam sebuah jurang.

Laporan itu juga mengatakan mayat mangsa berjaya dikeluarkan dan dibawa ke rumah mayat di Cortina.

Sumber: FMT

Sumber: Antenna Tre

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.