Ibu bapa please jangan tiru aksi ni!
Beberapa jam lalu, viral di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh dekat sebuah dobi di Bandar Bukit Sentosa, Rawang.
Menurut posting pemilik kedai dobi tersebut di Facebook, pihak mereka terpaksa pecahkan pintu mesin basuh kedai tu kerana nak menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap di dalamnya.
Khabarnya juga, ibu bapa budak tu sendiri yang masukkan anak dorang di dalam mesin basuh sebab kononnya nak bergurau. Tapi tup-tup pintu mesin basuh tu pulak tak boleh dibuka. Hadoiii!
https://www.facebook.com/hazmal/videos/10160787037955244/
Bergurau tak kena tempat!
Posting ini rata-rata mendapat komen negatif netizen yang merasakan tindakan ibu bapa ni agak bodoh dan bergurau tak kena tempat. Tak pasal-pasal budak tu terseksa gara-gara ibu bapa nak acah-acah bergurau kasar.
Samakan kes anak tersepit dengan kucing mesin basuh
Dalam pada itu, ada juga di kalangan netizen yang samakan insiden anak terperangkap dalam washer ni dengan kes kucing mati terbunuh dalam mesin pengering. Ngerinya!
Apa-apapun diharapkan ibu bapa yang nak bergurau dengan anak-anak tu berpada-padalah dan jangan buat perkara yang ekstrem macam ni. Kalau jadi apa-apa, kita juga yang susah kan? Mujur pekerja kat dobi gigih membantu!
Baca: TAK GUNA! Tergamak Bunuh Kucing Tengah Bunting!