in

Dikongsi Lebih 50 Juta Di IG, Imej ‘All Eyes On Rafah’ Rupanya Hasil Ciptaan Rakyat Malaysia

All Eyes On Rafah Imej

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang mengambil peluang berkongsi di media sosial mengenai apa yang sedang berlaku di Gaza dan cara ini bertujuan untuk membuka mata seluruh dunia melihat kekejaman yang dilakukan oleh pihak Israel.

Bagi yang menggunakan platform Instagram, korang mesti perasan satu imej yang dijana dengan kecerdasan buatan bertulis “All Eyes On Rafah” dengan lakaran deretan puluhan khemah yang memanjang di kawasan padang pasir.


Imej itu melambangkan beribu-ribu rakyat Palestin yang mencari perlindungan ketika IDF melakukan genosid terhadap penduduk negara itu telah pun dikongsi lebih 50 juta di Instagram.

F8B4C58Dd18882F888F98B756828471D

Artikel berkaitan: Tak Dapat Sertai Secara Nyata, Remaja Bawah Umur Buat Solidariti Untuk Palestin Dekat Roblox

Artikel berkaitan: Dr. Zulkifli Puji Semangat Anak Muda Malaysia, Tunjuk Sokongan Pada Palestin Dalam Roblox

Korang tahu tak imej yang memperingati saudara di Gaza itu sebenarnya merupakan hasil karya dua individu dari negara Malaysia sendiri?

Memetik sumber Sinar Harian, dua individu tersebut ialah guru Sains dari Kota Kinabalu, Sabah, Zila Abka dan seorang lagi merupakan pelajar dari Kuala Lumpur, Amirul Shah.

Screenshot 2024 06 05 105836

Zila, 39, yang juga aktivis pro-Palestin berkata, dia menggunakan Pencipta Imej Microsoft untuk menjana imej berkenaan sebelum memuat naik di laman Facebook sebuah kumpulan bernama Prompters Malaya pada 14 Februari lalu.

“Saya mahu menyebarkan dan mengetengahkan isu terbabit dan berharap semua orang akan melakukan apa sahaja untuk menunjukkan solidariti terhadap rakyat Gaza sekarang,” kata Zila.

Menurutnya, walaupun imej berkenaan telah diubah dengan watermark juga hilang, tetapi dia menganggap imej AI yang dihasilkan bukanlah milik seseorang sepenuhnya.

Dalam pada itu, seorang individu bernama Amirul mendedahkan dia mula-mula menyiarkan imej itu turut mendakwa telah menggunakan Pencipta Imej Microsoft, namun tidak mengingati butirannya.

Screenshot 2024 06 05 105846

“Niat saya bukan untuk populariti, saya mahu menegakkan keadilan untuk semua rakyat Palestin yang berada di sana,” kata Amirul.

Sebelum ini, negara kita pernah menjadi perhatian apabila sekumpulan remaja bawah umur melakukan solidariti dalam permainan Roblox.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: NPR
Sumber: NPR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.