Bagi korang yang mengikuti program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), penyanyi Datuk Aishah merupakan peserta yang tersingkir pada minggu lepas.
Beliau diumumkan menduduki tangga terbawah dengan markah sebanyak 43.75%, sekaligus menjadikan penyanyi lagu Janji Manismu ini peserta ketiga yang tersingkir dalam GV musim ke-10.

Artikel berkaitan: “Syombong hebat kasi turun sikit” – Produksi ASGV Tak Pasti Elly Mazlein Sindir Dekat Siapa
Artikel berkaitan: “Kurang ajar kau ni” – Kak Lina Pom Pom ‘Sound’ Netizen Biadap Kutuk Rancangan ASGV
“Akan dibedil seperti Gaza”
Pun begitu, timbul ura-ura mengatakan Aishah tidak begitu berpuas hati dengan penyingkirannya pada malam tersebut.
Menerusi temubual dengan wartawan pasca program realiti berkenaan, Aishah berkata, dirinya sering menjadi target kecaman orang ramai terutama orang muda yang tidak begitu suka dengan dirinya yang sudah ‘tua’.
Bila ditanya sama ada persembahan malam itu dilakukan dengan baik atau tidak, Aishah menjawab,
Saya rasa saya tak buat apa-apa kesalahan. Saya sebenarnya tak tahu kenapa saya diadili dengan begitu teruk sekali dengan hanya mendapat markah 43 peratus.
Fail kau tahu tak?”
Hit so badly like what? Hang memang mintak kena kecam berjemaah ke kak ?
People go old they don't go stupid but you dah mencerminkan diri you sebenar . pic.twitter.com/yywYGuBwHI
— Yan (@FayyanFreaks) October 16, 2023
Kemudian para wartawan kembali bertanya sama ada persembahannya pada malam itu layakkah untuk disingkirkan.
Nantikan orang kata aku bitter. Saya takkan komen pasal itu sebab saya akan dibedil dengan teruk seperti Gaza (I’m not gonna comment because I will be hit so badly like Gaza),” jawab Aishah.
Kenyataan tersebut kemudian disambut dengan tawa daripada orang sekeliling yang ternyata menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana Aishah dianggap seperti mempermainkan isu kekejaman yang sedang berlaku ke atas Palestin.

“Itu bukan suatu penghinaan, itu perumpamaan”
Susulan kecaman yang diterima, Aishah menerusi Instagram telah memperjelas maksud di sebalik kenyataannya itu.
Menurutnya, ayat itu hanyalah sekadar perumpamaan semata-mata yang menyamakan situasinya akan ‘dibedil’ oleh orang ramai jika dia menjawab sama ada dia membuat persembahan pada malam itu dengan baik atau tidak.
Ada yang tak puas hati bila I enggan menjawab sama ada I performed ok ke tidak semalam and I tak nak menjawab, kalau I jawab I will be hit hard like Gaza. Itu bukan suatu penghinaan atau tidak sensitif terhadap isu Gaza.
“Itu perumpamaan I yang kalau I jawab I akan dibedil hebat oleh orang di luar sana. Itu je, bukan I samakan situasi I dengan penduduk Gaza. Adoi korang!” jelasnya.
View this post on Instagram
Aishah juga pada masa yang sama menjelaskan bahawa dia tidak menghina penyanyi duetnya, Vince yang dianggapnya sebagai anak ketika melakukan persembahan itu.
Posting itu telah mendapat sokongan dari peminatnya yang meminta Aishah untuk tidak mengendahkan kata-kata kecaman netizen.
Harap lepas ini kita lebih dengan kata-kata yang dituturkan. Bahaya juga kalau salah anggap macam ni.
