Minggu lalu, seorang influencer yang juga seorang YouTuber Indonesia telah dikecam hebat di media sosial terutamanya oleh warganet negara itu sendiri kerana telah membawa bayinya yang baru berusia lima bulan menaiki jetski.
Lagi parah, bayi kecil tersebut tidak dipakaikan jaket keselamatan.
Difahamkan, video influencer itu membawa anaknya menaiki jetski telah dikongsikan di Instagram baru-baru ini.
https://www.instagram.com/p/Cm5tEUhBRZk/
Dalam video berkenaan, dalam dilihat influencer yang dikenali sebagai Ria Ricis itu telah menaiki jetski di sebuah pantai bersama suami dan bayinya yang diberi nama Moana.
Tindakan pasangan suami isteri tersebut telah mencetuskan kemarahan ramai warganet yang risau dengan keselamatan bayi tersebut.
Tambahan pula, dalam video tersebut dapat dilihat bahawa suami influencer itu hanya memegang anak mereka dengan sebelah tangan kerana sebelah tangannya lagi telah digunakan untuk mengemudi jetski berkenaan.
Nasib baik tiada apa-apa yang terjadi kepada bayi itu kerana video tersebut telah dikongsikan selepas mereka sekeluarga selesai menaiki jetski.
Walau bagaimanapun, netizen di pelbagai platform media sosial tetap mengecam tindakan mereka kerana ia boleh membahayakan keselamatan si kecil.
Namun, selepas dikritik hebat oleh netizen Indonesia, Ria Ricis akhirnya memohon maaf atas tindakannya itu dalam sebuah temu ramah dengan stesen televisyen dalam rancangan Rumpi No Secrets Trans TV.
Dia dan suami juga mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mengingatkan dirinya.
Ria Ricis yang juga merupakan adik kepada pendakwah terkenal Oki Setiana Dewi turut mengakui tindakannya salah dan dia turut mengingatkan penonton agar tidak meniru tindakannya itu.
Sumber: CNN Indonesia
Baca: YouTuber Indonesia Sanggup IG Live Sambil Buang Air Kecil Sebab Tak Nak 12K Penonton ‘Lari’