Terkenal dengan sikapnya yang merendah diri, lemah lembut, sopan santun dengan suara merdunya, wanita yang mendapat jolokan penyanyi nombor satu negara ini rupanya lucu dan suka bergurau.
Terbaru ini, penyampai radio terkenal, Fara Fauzana ada kongsikan satu video dirinya ketika menyaksikan konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza (TokTi) bersama-sama dengan Nana Mahazan dan Mimi.
“Dik betul la, adik jadi DJ je la” – TokTi
Dalam video tersebut, dilihat TokTi menghampiri mereka dan mengajak untuk nyanyi bersama TokTi, tahu lagu kegemaran Fafau, TokTi ajak dia menyanyi sekali.
Dilihat Fafau turut menyanyikan lagu Kau Ku Sayang saat mikrofon dihulurkan, namun apa yang menarik perhatian adalah respon TokTi selepas sesi nyanyian bersama itu selesai.
“Hahahahah nasib habang pilih lagu Fav kita “KAU KU SAYANG” (tu lagu me & my baby @nadeeeeeeenn) confirm hafal lirik ..cuma key tu .. keeeyyyyneepeee bunyii mcm tuuu ?? kata. Korang tengok laa video tu sendiri! wait till the end …”
https://www.instagram.com/p/CmD3L6hL1S7/
Ramai netizen terhibur apabila melihat video tersebut, bahkan mereka yang hadir pada konsert itu dapat menyaksikannya secara live pun turut sama terhibur.
Haduii, biasanya orang lembut-lembut macam ni kalau bagi setepek atau buat kelakar memang rasa padu bila kena. Hahahahhaha!
Baca : “Saya dah sedia nak buka silat”- Rupanya Ada Kisah Disebalik Selfie TokTi Dengan Lee Min Ho