in

“Dijumpai mati dengan dirantai di dinding, mulut terbuka penuh ulat”- Pemilik Anjing Didenda RM30k

20200907 182652 0000 1

Semalam seorang wanita berusia 40 tahun didapati bersalah di mahkamah atas pertuduhan mengabaikan dan menyebabkan kesakitan ke atas dua ekor anjing peliharaannya sehingga menyebabkan kematian ke atas salah seekor anjingnya itu.

Oh Ju Lian, 40 tahun yang juga merupakan seorang kerani pentadbiran mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan dikenakan denda sebanyak RM30,000, lapor NST.

111

 

Kronologi kes

4 Mac 2019 : Polis dan team Kebajikan Haiwan datang ke rumah puan Oh lepas terima aduan tentang kekejaman terhadap haiwan di Tanjung Bungah pada jam 3 petang.

Bagaimanapun masa dorang sampai, rumah tersebut kosong dan terabai.

Namun mengejutkan bila pasukan kebajikan haiwan dan polis nampak bangkai anjing terikat dengan rantai besi yang diikat pada dinding. Di sebelah bangkai tu pula ada seekor lagi anjing baka mongrel bewarna coklat yang masih hidup juga diikat pada rantai besi tersebut.

Susulan itu mereka buat keputusan untuk masuk ikut pintu yang tak berkunci bagi melihat situasi yang berlaku.

Mereka dapat lihat bulu-bulu anjing mati tu dah gugur, mulutnya ternganga dan penuh dengan ulat dan cecair, bau pun yang sangat busuk. Dan, ada satu bekas air kat sebelah anjing malang tersebut.

Manakala, anjing mongrel yang terselamat atau dipanggil “Boy” itu dijumpai dalam keadaan nazak, lemah, ketakutan dan dihurung kutu. Di sebelahnya juga ada bekas air.

Khuatiri berlaku penganiayaan, team tersebut telah menyita bangkai dan anjing tersebut dibawa keluar dari rumah itu. Malah sampel di lokasi kejadian juga diambil untuk ujian makmal.

Hasil ujian mendapati kedua-dua anjing itu diabaikan serta tak diberi makan dan jagaan yang rapi sehingga mengakibatkan mereka dalam keadaan sakit dan terseksa.

Boy 1599454888

 

‘Pelaku’ sampai waktu team kebajikan haiwan dengan polis dah nak pergi dari lokasi

Ketika pasukan kebajikan haiwan dan polis ingin beredar dari rumah tersebut, mereka bertembung dengan Oh yang ketika itu ingin menuju ke rumah tersebut.

Bila ditanya kenapa anjing tu ada dalam rumah, Oh menjelaskan bahawa anjing-anjing itu peneman ibu mertuanya tetapi ibu mertuanya sudah meninggal. Lepastu family dorang pindah tapi tak bawa sekali anjing tersebut.

Susulan itu, Hakim Mazdi Abdul Hamid mendapati Oh bersalah dan didakwa bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan perlu membayar RM30,000 kerana mengakibatkan penderitaan dan membuat anjing peliharaannya terseksa sehingga salah seekor mati.

“Anjing itu terseksa dan menderita sebelum kes sampai ke sini. Hanya kerana mereka tak boleh bercakap, mereka dilayan sebegitu rupa. Sebagai manusia yang boleh berfikir, mereka tak patut buat begini kepada anjing” kata Hakim

 

Allahu sampai macam tu sekali anjing tersebut diperlakukan.

Baca : Anjing Diwarna Jadi Harimau, Persatuan Haiwan Malaysia Kini Buru Pelaku!

Jjj 1

Sumber: Nst
Sumber: Nst
Sumber: PHM