in

Dihemp*p & Dipuk*l Guna Tali Pinggang, Dr Asyraf Wajdi Arah Pegawai Siasat Video Remaja Didakwa Dibuli Di MRSM

kes buli mrsm

Sebentar tadi, tular sebuah video memaparkan sekumpulan remaja lelaki didakwa sedang membuli seorang remaja yang mana insiden itu didakwa berlaku di sebuah MRSM dekat Pulau Pinang.

Video yang berdurasi 1 minit 31 saat itu memaparkan sekurang-kurangnya dua orang pelajar lelaki dilihat mengasari mangsa yang juga seorang pelajar lelaki yang sedang baring di atas katil.

bodo 1

Kedua-duanya dilihat melompat dan menghempap ke atas badan mangsa serta memukulnya menggunakan tali pinggang. Manakala ada beberapa orang pelajar pula dilihat berada di sekeliling tempat kejadian termasuk individu yang merakam kejadian itu.

bodo 2

bodo 3

Tidak juga kelihatan sebarang usaha oleh pelajar sekeliling untuk membantu menghentikan perbuatan buli tersebut.

Lihat video sini.

Artikel berkaitan: Lagi Kes Buli Di UPNM, Senior Pij*k Junior Guna Kasut ‘Spike’

Artikel berkaitan: “Kalau begini cara sekolah, baik tutup je” – Tam Spider Kecewa Sekolah Tak Buang Pembuli

Dr Asyraf Wajdi arah pegawai siasat video

Susulan tularnya video itu, Majllis Amanah Rakyat (MARA) difahamkan sedang menyiasat kejadian tersebuut yang didakwa berlaku di MRSM di Pulau Pinang.

Menurut Buletin TV3, Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam perkongsiannya di Facebook memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang menjalankan siasatan menyeluruh dan akan mengambil tindakan tegas sebaik mendapat pengesahan.

dr asyraf down

Saya sudah minta pegawai saya siasat segera jika benar peristiwa ini berlaku di MRSM. Jika benar pelajar-pelajar ini adalah pelajar MRSM, tiada kompromi lagi, tindakan tegas pasti akan diambil.

“Saya sudah ingatkan banyak kali semenjak diberikan amanah menjaga MARA, “YOU TOUCH YOU GO!”… tiada tempat untuk pembuli atau yang cuba membudayakan buli dalam apa jua bentuk di MRSM,” katanya.

Difahamkan MRSM Balik Pulau merupakan satu-satunya MRSM di Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat nanti.

Sumber: Buletin TV3, Facebook