in

“Diharamkan KKM” – Berhenti Minum Kopi ‘Kuat’, Ada Bahan Terlarang Dan Boleh Bawa Maut

kopi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Doktor terkenal yang juga seorang pempengaruh media sosial, Dr Ahmad Samhan Awang memberi amaran kepada orang ramai, khususnya kepada orang dewasa dan warga emas yang gemar minum kopi pracampuran yang dikenali sebagai Kopi Songkok.

Menurut beliau dalam sebuah ciapan di aplikasi X, kopi tersebut telah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan boleh membawa maut.


Namun, apa yang mengejutkan, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang masih minum kopi tersebut walaupun mengalami sakit kepala dan jantung berdebar selepas meminumnya.

kopi kuat
Menurut Dr Samhan, kopi tersebut telah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan boleh membawa maut.

“Dengar la nasihat doktor bila saya beritahu Kopi Songkok boleh bawa maut.

“Minggu lepas saya ada buat perkongsian di TikTok tentang bahaya Kopi Songkok dan ternyata memang sangat ramai datang berkongsi pengalaman mereka lepas minum kopi tersebut di ruangan komen.

“Apa yang semua perlu tahu adalah Kopi Songkok memang telah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan 100% beracun,” jelasnya.

Jelas Dr Samhan, kopi tersebut juga mengandungi Sidenafil, sejenis ubat yang hanya boleh didapati dengan preskripsi daripada doktor.

Artikel berkaitan: “Macam-macam perisa pelik” – Lepas Kopi Cili, Kopi Daun Bawang Pula Jadi ‘Trending’ Di China

Artikel berkaitan: ‘Tabur serbuk cili’ – Kafe Di China Ini Sediakan Minuman Kopi Cili Khas Untuk Penggemar Pedas

Dr. Samhan
Dr. Samhan

Di dalam kopi ini, terdapat Sildenafil yang hanya boleh dilepaskan dengan preskripsi daripada doktor.

“Antara kesan buruk mengambil Sildenafil tanpa dos yang betul adalah ia boleh menyebabkan sakit kepala, loya, cirit-birit, sakit otot, priapism, jantung berdenyut laju, strok dan dalam kes ekstrem boleh menyebabkan kematian.

“Nasihat saya, berjumpalah dengan doktor yang bertauliah terlebih untuk dapatkan rawatan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Samhan sempat berkongsi tangkap layar yang memaparkan pengalaman followersnya di laman TikTok yang pernah minum kopi sama.

“Sangat bahaya kopi ini. Suami hampir meninggal dunia dan mengadu sakit kepala selepas minum 1/4 sahaja daripada kopi tersebut. Lepas itu, terus dia buang kopi dan tidak mahu lagi cuba produk-produk mengarut ini,” kata Farahdila.

“Aku pernah minum sekali. Menyesal beb sebab aku terus ke hospital. Jantung berdebar tidak berhenti. Memang kelam kabut,” kata Jex.

Kredit: Dr Samhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.