Bukan mudah nak mencari pekerjaan di zaman sekarang. Kadang-kadang peluang pekerjaan tu banyak, tapi tak semua majikan tertarik dengan resume yang kita tampilkan.
Oleh itu, demi untuk menarik perhatian bos-bos di luar sana, macam-macam perkara yang seorang individu sanggup buat termasuklah idea sekreatif ini. Power oi cara brader ni jual diri dia!
“Hi. Saya mencari seorang penemuduga untuk mengisi kekosongan kerusi ini”
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang lelaki bernama Azmil Hakim telah menarik perhatian netizen dan juga bos-bos besar di LinkedIn apabila dia ‘menjual diri’ dengan muat naik posting mencari penemuduga interview kerja.
Terbalik kan? Selalunya majikan up posting cari pekerja. Ini pekerja pulak up posting cari majikan yang mahu menemuduga. Fuh powerlah brader ni promote diri sendiri!

Posting dapat perhatian bos besar di luar negara, cecah 15,000 likes dalam masa 2 minggu
Mungkin posting ini nampak simple dan very direct approach, tapi tahukah korang ia telah mendapat 15,263 likes dan hampir 900 komen pada masa artikel ni ditulis. Wow! Ini semua hanya dalam masa 2 minggu pulak tu.
Kebanyakan komen ni pulak daripada bukan calang-calang orang tau. Semuanya bos besar yang berminat dengan cara Azmil ‘mempromosi’ dirinya. Ini antara komen yang Azmil dapat.

“Kerusi ini telah diisi dua kali. Book slot anda!”
Menurut Azmil yang pernah bertugas di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, kerusi penemuduga tersebut telah diisi sebanyak 2 kali dalam tempoh 2 minggu sejak posting tersebut dinaikkan.

Pun begitu, masih belum diketahui sama ada dia telah menerima tawaran pekerjaan ataupun tidak. Sehingga kini, posting Azmil masih jadi perhatian ramai dan kebanyakan netizen di LinkedIn meninggalkan kata-kata pujian dan semangat semoga dia beroleh pekerjaan yang diinginkan.

Semoga berjaya bro! Bagi majikan yang berminat dengan saudara Azmil ni, korang boleh je DM dan contact beliau di sini.
Baca: Nak Berjaya? Ini 13 Tips Usahawan Butik Lebarkan Sayap Hingga Ke Dubai