Penyanyi dangdut Indonesia, Juwita Bahar dilaporkan koma selama 15 hari selepas mengamalkan diet tidak memakan nasi selama 2 tahun!
Bukan setakat koma, malah wanita itu turut mengalami lumpuh sebaik sahaja sedar daripada koma dan tidak boleh menggerakkan seluruh tubuh badannya.
Alami masalah berat badan
Memetik laporan Kosmo, Juwita mengalami masalah berat badan sejak kecil. Disebabkan itu, dia nekad untuk mengamalkan diet dengan tidak memakan nasi selama 2 tahun untuk menurunkan berat badannya sehinggalah pada suatu hari badannya terasa panas serta demam.
Saya kurangkan nasi. Tak makan nasi selama 2 tahun. Jadi pengambilan protein dan karbohidratnya tak seimbang. Disebabkan itu saya jatuh sakit, terus panas dan demam.
Menurut penyanyi itu lagi, dia juga pengsan secara tiba-tiba dan terus dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Setelah sedar, keluarganya memberitahu bahawa dia pengsan selama 15 hari dan pada masa yang sama juga anggota tubuh badannya tidak dapat digerakkan.
Ujarnya lagi,
Badan saya tidak terasa sakit, tetapi seluruh anggota ini tidak boleh digerakkan menyebabkan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
Seakan-akan bayi perlu belajar semula
Tambahnya, tempoh pemulihannya untuk dia kembali sihat seperti sedia kala juga mengambil masa yang agak lama. Bukan setakat tidak boleh menggerakkan anggota badan, malah dia juga seakan-akan seperti bayi yang perlu belajar semula cara untuk bangun, berjalan dan menulis.
Selain itu, keadaan dirinya kini sudah kembali pulih sepenuhnya termasuklah boleh melakukan aktiviti harian dan bekerja seperti biasa.
Alhamdullilah saya sudah pulih seperti dulu dan kembali aktif dalam industri hiburan walaupun sebelum ni doktor memberitahu saya ada 50% sahaja peluang untuk hidup secara normal.
Ekoran daripada pengalaman ‘ngeri’ yang dialaminya itu yang berpunca daripada diet yang tidak seimbang, Juwita kini semakin menjaga pola pemakanannya.
Tak diet lagi. Kini badan saya sihat.
Bagi korang yang nak diet tu, nasi pun penting ye untuk diambil setiap hari dalam portion yang kecil.
Baca: Timun & 2 Helai Daun Kobis, Ini Diet Ekstrem Artis Korea Yang Malaysian ‘Confirm’ Tak Sanggup Buat