Biarpun dah hampir nak masuk tahun 2024, tidak dinafikan mindset patriarki masih wujud di mana minda segelintir orang masih ditakuk lama iaitu “lelaki keluar bekerja, wanita duduk di ceruk dapur”.
Tidak dinafikan zaman sekarang kebanyakan tanggapan itu sudah berubah kerana banyak pendedahan dibuat, ada golongan lelaki sebenarnya sudah dididik sejak dari kecil lagi untuk buat kerja rumah.
Artikel Berkaitan : “Kau tu Nur, Muhammad, kau bukan Kim, Park” – Imran Bard Sound Cerita Adaptasi K-Drama Raih Sokongan Netizen
Artikel Berkaitan : “Terpaling suruh aku kawad” – Nama Kena Petik ‘Join’ PLKN, Imran Bard Dedah Pernah Join PKBM
Antaranya adalah Imran Bard, dia yang dibesarkan dengan ramai adik beradik lelaki dan telah diajar oleh ibunya sejak dari kecil bahawa orang lelaki perlu lakukan kerja rumah sama seperti wanita.
Menurutnya, ia membantu jika isteri sarat mengandung di rumah pada masa hadapan. Jadi, jelasnya, tiada istilah lelaki tak boleh buat kerja perempuan dalam keluarganya.
https://www.tiktok.com/@imeranbrad/video/7309071318618541330?_r=1&_t=8hx1iewkBHD
Pegangan itu telah meraih perhatian netizen dan rata-rata memuji cara didikan ibu Imran dalam membesarkan anak-anak.
Salute orang macam ni, harap para lelaki yang bakal menjadi suami dapat hadam benda ni.
Sumber : TikTok