Sejak minggu lepas, kes yang melibatkan pelakon Hollywood terkenal iaitu Johnny Depp dan bekas isterinya iaitu Amber Heard kembali menjadi perbualan orang ramai di media sosial. Lagi-lagi lepas kebenaran semakin terserlah yang mana ada plot twist di sebalik kisah diorang!
Mana tidaknya Amber yang selama ini disangka sebagai mangsa, sebenarnya adalah dalang sebenar dalam kes penderaan rumahtangga ini dan bertindak kejam kepada Johnny sepanjang tempoh perkahwinan mereka selama 15 bulan.
Korang nak tahu apa yang jadi sebenarnya antara diorang ni? Jom kita rungkai satu per satu!
Kahwin secara tertutup di LA
Macam mana diorang boleh kenal? Haa, bagi korang yang tak tahu, Johnny dan juga Amber ni mula rapat lepas terlibat dalam penggambaran yang sama iaitu The Rum Diaries pada 2011.
Pasangan ini kemudiannya melangsungkan perkahwinan secara tertutup di rumah mereka di Los Angeles dan majlis secara mewah diadakan di sebuah pulau peribadi yang terletak di Bahamas.
Tuntut cerai lepas 15 bulan sebagai suami isteri
Kes keganasan rumahtangga antara Johnny dan juga Amber bermula apabila pelakon Aquaman itu telah memfailkan tuntutan penceraian pada 23 Mei 2016 menjadikan tempoh perkahwinan mereka hanya mampu bertahan untuk 15 bulan je.
Dikatakan punca penceraian itu adalah kerana wujud perbezaan persefahaman antara mereka berdua. Malah, empat hari lepas itu, hakim mengeluarkan arahan penahanan sementara untuk Johnny atas dakwaan keganasan rumahtangga.
Amber menunjukan gambar dirinya cedera dipukul tetapi menariknya Polis Daerah Los Angeles (LAPD) tidak menemui sebarang bukti di tempat kejadian. Haa, fishy kan?
Digugurkan dalam siri & peminat ‘cancel’ Johnny Depp
Disebabkan ramai yang percaya dengan kenyataan yang dibuat oleh Amber, peminat mula berpaling tadah dan menganggap Johnny sebagai suami yang tak bertanggungjawab selain dari tak berhati perut.
Kesan dari tu, pelakon yang terkenal dengan watak sebagai Jack Sparrow juga telah digugurkan dari siri Fantasy Beast 3 lepas tewas dari dalam kes saman fitnah dengan akhbar tabloid The Sun yang mengatakan dirinya adalah kaki pukul.
‘Reveal’ rahsia guna bukti rakaman audio
Lepas tiga tahun terpaksa menerima kecaman teruk dari peminat, akhirnya rahsia di sebalik kes mereka itu terbongkar apabila Johnny telah memfailkan saman terhadap bekas isterinya sebanyak 50 juta USD pada 2019 atas malu dan fitnah.
Johnny turut kemukan beberapa bukti rakaman audio yang mengandungi rakaman suara Amber. Haa, dari sini lah story diorang mula mencuri perhatian orang ramai. Dalam satu kenyataan lain, dia turut mengakui bahawa dirinya sering menjadi mangsa kepada Amber.
Amber sering memukulnya dan pernah membaling botol ke arah muka Johnny sampai lebam. Malah, Amber juga pernah mencucuh rokok di bahagian pipi bekas suaminya. Tindakan agresifnya itu juga telah mengakibatkan jari tengah Johnny putus semasa berlaku pergelutan.
Dedah video panas, Amber kantoi curang?
Pada April 2022, Johnny Depp sekali lagi cuba menegakkan keadilan apabila dia turut kongsikan video panas ketika perbicaraan kesnya di mahkamah yang menunjukkan Amber pernah curang dengan dirinya bersama dua selebriti yang terkenal.
Dua selebriti yang dikaitkan itu adalah Elon Musk dan juga pelakon James Fraco. Video yang dikongsikan itu merupakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari lif di sebuah kondominium di Los Angeles.
Difahamkan Amber pernah ada skandal dengan Elon Musk apabila menjalinkan hubungan secara rahsia hanya sebulan lepas Amber mendirikan rumahtangga dengan Johny iaitu sekitar Mac 2015.
Akhirnya, Amber mengaku dera Johnny
Dalam minggu yang sama juga, Johnny sekali lagi menghadirkan diri dalam perbicaraan kes keganasan rumahtangga dan riak wajahnya menjadi tumpuan ramai apabila audio tape perbualan dirinya dengan Amber dimainkan dalam mahkamah.
Johnny Depp’s reaction to the court finally getting to hear the audio tape in which Amber Heard admits to abusing him. #JusticeforJohnnyDepp pic.twitter.com/kdvII6mlss
— Mary (@johnnyhellodepp) April 20, 2022
Menerusi audio yang disiarkan itu, kedengaran dengan jelas Amber mengakui bahawa dirinya ada memukul Johnny di muka dan bukannya tumbuk seperti yang dikatakan. Disebabkan taknak mengalah, Amber tinggikan suaranya dengan mengatakan Johnny bertindak seperti budak-budak.
Difahamkan sekarang ni, kedua-dua pihak masih lagi tunggu keputusan akhir mahkamah berikutan dengan kes tersebut. Jadi, sama-sama lah kita tunggu apa pengakhiran kisah diorang ni ya? Semoga terbukti siapa yang salah…
Sumber: Twitter, Harian Metro, Rolling Stones, DivaMY
Baca: Johnny Depp Kongsi Video Panas, Amber Heard Pernah Curang Dengan Elon Musk & James Franco?