Semalam, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa, 32 telah selamat berkahwin dengan pilihan hati, Pu Riz, 26 yang juga merupakan pendakwah bebas. Ramai yang kata pelamin dorang cantik dengan konsep Jabal Rahmah dengan warna putih dan bunga-bungaan segar.
Namun, ada yang mendakwa majlis tersebut yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt itu tak patuh SOP sebab keluarga pengantin dikatakan duduk rapat-rapat tanpa penjarakan fizikal ketika majlis akad nikah.
Namun, menurut Harian Metro, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah iaitu Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkata pihak penganjur majlis akan dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan.
https://www.instagram.com/p/CM7FDv2nrF8/?igshid=lmw0d8vt2x5u
Difahamkan, dalam siasatan awal, tak ada physical distancing semasa majlis pernikahan kedua-dua selebriti itu semalam. Standard operating procedure (SOP) juga gagal dipatuhi.
Jadi, kita tunggu je perkembangan lanjut dari siasatan pihak polis. Apa-apa pun, selamat pengantin baru diucapkan buat kedua-dua mempelai dan semoga rumah tangga mereka akan kekal hingga ke Jannah. Doakan yang baik-baik ya guys.
Sumber: Harian Metro
Baca: “Tahniah Lofa & Riz” – Serba Putih! Ini Dekorasi Dewan Sempena Pernikahan Neelofa & PU Riz