in

Didakwa Menipu Lepas Menang Dalam Acara Triathlon Desaru 2024, Syed Saddiq Tunjuk Bukti

Syed Saddiq Beri Penjelasan Triathlon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengejutkan ramai apabila beliau berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan 113 Triathlon Desaru 2024, baru-baru ini.

Syed Saddiq dalam satu hantaran di media sosial menyatakan keseluruhan dia melengkapkan cabaran berenang, berbasikal dan berlari itu selama 5 jam & 44 minit.


“Podium pertama saya. Dapat tempat ke-3. 131km keseluruhannya. Berenang, 2.25km, berbasikal 90km, berlari 21.1km = 5jam & 44minit. Muntah dua kali tetapi lebih baik selepas itu. Masa untuk berehat.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Artikel berkaitan: “Ini larian kali pertama” – Untuk Dana & Protes, Syed Saddiq Mulakan Larian 200KM Dari Muar Ke Parlimen

Syed Saddiq didakwa menipu?

Bagaimanapun, catatan keputusan Syed Saddiq dalam acara itu telah dipertikaikan beberapa netizen dan beliau didakwa telah menipu kerana tidak melengkapkan jarak perlumbaan sepenuhnya.

Menurut salah seorang peserta yang meninggalkan komen di hantaran itu, dia mengatakan Syed Saddiq tidak menggunakan laluan sepatutnya sehingga mengambil hak kemenangan daripada peserta yang layak.

“Saya perasan awak berada di belakang saya semasa berenang. Dan awak tak pernah memotong saya semasa berbasikal, tetapi semasa larian, awak dah ada di hadapan saya. Macam mana boleh jadi begitu?” katanya.

Gsdjkaea8Aal7Kf

Dakwaan terbabit telah mendapat pelbagai reaksi netizen terutama komuniti triathlon yang mendakwa hasil keputusan Saddiq tidak masuk akal.

Syed Saddiq beri penjelasan

Sedar perkara itu menjadi buah mulut netizen, bekas Presiden MUDA itu tampil menjawab dakwaan tersebut dalam satu hantaran baharu.

Menurutnya, penyertaannya di dalam acara terbabit bukanlah semata-mata meraih perhatian atau merebut kemenangan.

Sebaliknya, beliau melakukan perkara itu atas tujuan kesihatan dan bagi mengamalkan gaya hidup sihat.

Syed Saddiq turut menafikan bahawa berlakunya sebarang penipuan sepanjang menghabiskan acara berkenaan.

“Berhubung tempoh masa saya habiskan acara berbasikal yang awal dari jangkaan, saya sudah pun semak dengan pasukan teknikal ketika itu.

“Saya juga semak lebih dua kali untuk pastikan tiada kesalahan teknikal,” katanya.

Dakwanya, masa yang lebih cepat dalam pertandingan baru-baru ini adalah hasil daripada persiapan yang lebih baik dan keadaan fizikal yang lebih baik berbanding dua bulan lalu.

Dalam pada itu, Syed Saddiq membuat permohonan maaf kepada seluruh peserta dan individu terlibat dalam kejohanan terbabit sekiranya kemenangan itu mengguris hati segelintir pihak.

Bagaimanapun, segelintir pihak masih tidak berpuas hati dengan penjelasan itu dengan meminta beliau untuk menunjukkan bukti rekodnya menerusi aplikasi Strava.

Sumber: X, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.