Ismail Izzani tak lain tak bukan menjadi salah seorang selebriti muda yang tidak lari daripada banyak kontroversi sepanjang dirinya berkecimpung dalam industri seni tanah air sejak beberapa tahun lalu. Mana taknya, dengan rupa wajahnya yang kacak dan suaranya yang merdu membuat ramai peminat tidak keruan untuk sentiasa mengetahui tentang status hidupnya.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan cerita seorang artis lelaki yang telah terlanjur melakukan hubungan intim dan menghamilkan seorang wanita sehingga terpaksa berkahwin secara senyap-senyap.
Ismail Izzani dikaitkan dengan isu, ibunya menafikan
Secara tiba-tiba, penyanyi lagu Bidadari ini pula terpalit dengan isu tersebut apabila ada individu yang menuduh keras dengan mengaitkan Ismail Izzani menerusi edaran DM Instagram yang tular baru-baru ini.
Menerusi DM tersebut, dia diihat tampil memakai baju melayu putih dan berdiri di samping seorang wanita yang tidak dikenali sehingga menimbulkan persoalan ramai netizen mengenai status diri penyanyi tersebut.
Namun, ibu kepada penyanyi tersebut, Datin Suzila Salam tampil memberi respons dengan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan anaknya itu berkahwin secara diam-diam setelah menghamilkan seorang wanita.
Menurut Gempak, ibunya juga ada menerima DM yang serupa dan berharap agar semua pihak tidak terpengaruh dengan tuduhan yang tidak berasas berkenaan.
Suzila turut memberi penjelasan terhadap gambar anaknya yang berbaju melayu dimana gambar tersebut diambil semasa menghadiri majlis perkahwinan.
“Gambar berkenaan diambil ketika Ismail menghadiri majlis perkahwinan rakannya, Amin Daniel, anak Datuk Jamal Yunos baru-baru ini. Kebetulan dia berada di situ dan gambar berkenaan dirakamkan.”
“Kita taknaklah besarkan perkara ini. Budak perempuan tu anak orang. Apabila gambar dengan cerita seperti itu tersebar, nanti cemarkan nama keluarga orang. Tak pasal-pasal orang saman kita pula.
Dia juga turut mengulas mengenai sebaran DM yang mengatakan Ismail berkahwin dengan seorang wanita kerana telah terlanjur melakukan hubungan intim sehingga hamil.
“Dia tak ada masalah nak buat seks rambang, dia pun ada agama.”
Suzila juga menambah bahawa Ismail kekal tenang apabila mendapat tahu tentang isu berkenaan.
“Saya pun marah dekat Ismail, saya cakap dengan dia kena buat statement untuk jernihkan keadaan… yelah sampai rakan artis, Nourul Depp dan Bali pun kongsi benda tu dekat saya.”
“Tapi dia relaks je…. katanya dia tak buat benda tu, jadi kenapa dia perlu beri kenyataan. Anak saya kalau dia sebut benda baik tak apa, tapi ini melibatkan anak orang. Saya hormati anak saya sebab dia dewasa dari segi itu.”
“Selagi dia belum bertunang atau berkahwin dia single… Tapi tanya jelah dia.”
Tak baik la siapa sebar tuduhan tu…