in

Didakwa Abai Anak 8 Jam Dalam Kereta Hingga Maut, Wanita Tak Mengaku Salah

Abai Anak Dalam Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita telah didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan pengabaian terhadap anak perempuannya.

Nur Sari Fardiana Mohd Amran, 38, didakwa melakukan pengabaian terhadap anak perempuannya dengan meninggalkan dalam kereta sehingga meninggal dunia.


Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan hakim mahkamah.

Artikel berkaitan: Kes Bayi 8 Bulan Maut Dalam Kereta, Warganet Mohon Jangan Salahkan Si Ibu

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang peniaga didakwa telah melakukan pengabaian terhadap anak perempuannya yang berusia 2 tahun 3 bulan dengan meninggalkan kanak-kanak itu di dalam kereta sehingga meninggal dunia.

Menurut laporan, kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah rumah di Ara Damansara antara pukul 8 pagi hingga 3.15 petang pada 8 November lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Peguam yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan ikat jamin itu dan hakim membenarkan ikan jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Gb3Kuzka4Aak3Da

Terdahulu, dilaporkan seorang kanak-kanak dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas 8 jam ditinggalkan dalam kereta.

Siasatan polis mendapati wanita itu menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran sebelum ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa, jam 7 pagi pada hari kejadian.

Ibu mangsa berhenti sekejap sejurus tiba di tadika untuk menyelesaikan urusan perniagaan online hingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.

Wanita itu terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada dalam kereta pada jam 3.35 petang, dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, kes sebegini jarang didakwa di mahkamah namun pihak polis memaklumkan dengan pertuduhan ini, orang ramai mempunyai kesedaran tinggi untuk tidak mengabaikan anak-anak seperti tertinggal di dalam kereta sehingga menyebabkan kematian.

Sumber: Harian Metro, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.