in

“Dialah sebab kami masih hidup…” – Penumpang Pesawat Airbus A330 Buka Mulut Isu Juruterbang Air Asia Dikritik

Bn Ge508 Airyea Gr 20141228113840

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Dialah sebab kami masih hidup..." - Penumpang Pesawat Airbus A330 Buka Mulut Isu Juruterbang Air Asia Dikritik
Loading
/

Kecoh apabila insiden penerbangan Air Asia dari Perth, Australia ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang asal oleh kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Pesawat tersebut dikatakan menghadapi masalah teknikal selepas 90 minit di udara sehingga Airbus A330 itu bergetar hebat yang mana diumpamakan seperti ada di dalam mesin cuci.


Namun laporan Malaysiakini mengenai kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang membidas tindakan juruterbang Air Asia meminta penumpang pesawat tersebut berdoa telah mendapat pelbagai reaksi.

Juruterbang AirAsia gesa penumpang berdoa ketika penerbangan Perth menghadapi masalah. Saya lebih suka juruterbang tidak beritahu saya bahawa kematian semakin hampir.”

— Datuk Zaid Ibrahim

Zaid Bidas
sumber: twitter

Madeline Wright antara salah seorang dari 359 penumpang pesawat Air Asia Airbus A330 yang menampilkan diri untuk menceritakan pengalaman di sebalik insiden cemas tersebut.

Airasia X Airbus A330 300 Mel Nazarinia
gambar hiasan

Menerusi perkongsiannya, Madeline menjelaskan situasi sebenar yang menimpa penumpang pesawat tersebut disamping membidas kembali kenyataan netizen yang menyifatkan juruterbang tersebut sebagai ‘tidak professional’.

Mengimbas kembali apa yang berlaku, kejadian cemas itu bermula apabila Madeline terdengar bunyi yang kuat diikuti dengan getaran dahsyat pada pesawat tersebut. Semua penumpang yang berada di dalam kapal mula panik, namun mujurlah kapten pesawat berjaya meyakinkan mereka.

“Kapten yang bertugas menenangkan kami dengan menjelaskan situasi yang berlaku dan memberi segala informasi yang perlu kami ketahui mengenai pesawat itu.” 

“Cara kami bekerjasama dan terus bertenang dalam menghadapi situasi itu memudahkan anak kapal untuk membantu kami dan kapten untuk menyelamatkan keadaan. Tiada sesiapa pun yang menjerit,” katanya lagi.

Malah menurutnya, masalah teknikal ini boleh berlaku pada mana-mana kapal terbang sekalipun dan syarikat penerbangan Air Asia tidak patut dipersalahkan hanya kerana ia sebuah syarikat penerbangan bajet.

“Pesawat tersebut telah diperiksa dengan teliti sebelum ia berlepas, sama seperti pesawat-pesawat lain dan ia dikawal oleh organisasi keselamatan penerbangan yang sama.”

“Netizen tidak boleh mengkritik Air Asia kerana masalah teknikal seperti ini sering kali berlaku, walaupun terhadap penerbangan yang mahal. Kami bayar murah bukan kerana masalah teknikal yang dihadapi tetapi kami bayar murah untuk tidak menikmati alat elektronik, tiada makanan, dan kurang ruang untuk bahagian kaki.”

Tambah Madeline lagi, Air Asia merupakan syarikat penerbangan yang bagus dan dia pernah menaiki penerbangan tersebut beberapa kali sebelum ini kerana mereka menyediakan servis yang baik dan sentiasa berlepas dan mendarat mengikut waktu yang ditetapkan.

Inside Airasia Plane Boarding Time Stewardess Picks A Suitcase Luggage
gambar hiasan

Namun apa yang membuat Madeline kecewa ialah bagaimana netizen mengecam juruterbang tersebut hanya kerana dia meminta penumpang berdoa ketika mereka menghadapi detik-detik cemas.

Ia amat menjengkelkan saya apabila netizen mengkritik kapten pesawat tersebut kerana dia menyarankan kami untuk berdoa dan berharap kapten tersebut diberhentikan.” 

Menurut Madeline, juruterbang tersebut hanya berkata,

Semuanya dalam keadaan terkawal di bahagian kokpit. Jikalau anda ingin berdoa, mungkin itu juga dapat membantu.” 

Madeline menganggap kata-kata juruterbang tersebut bertujuan untuk menenangkan hati para penumpang dan jikalau ia membantu, ia adalah perkara individual.

“Dia seorang yang profesional. Dia juga manusia dan suara tenangnya itu memberi kami harapan, dialah sebab kami masih hidup dan saya sangat berterima kasih kepadanya.” 

Malah Madeline juga sangat terkejut dengan kecaman yang dilemparkan netizen yang langsung tidak berada di atas pesawat tersebut dan sesuka hati membuat konklusi dan pandangan terhadap insiden tersebut.

“Dan kepada mereka yang menyalahkan Air Asia atas apa yang berlaku, ia bukanlah kesalahan mereka dan mereka melakukan yang terbaik untuk memastikan kami berada dalam keadaan baik semasa dan selepas kejadian tersebut berlalu.”

Download
gambar hiasan

“Ya, kami memang menginap di lapangan terbang beberapa jam sementara menunggu berita akan apa yang berlaku seterusnya, tetapi mereka memberikan kami baucar untuk makanan dan air ketika menunggu.”

“Pada ketika ini semua orang dalam keadaan tenang, bertoleransi dan bersabar. Kami juga diberi pilihan sepenuhnya sama ada untuk mendapat bayaran balik sepenuhnya tiket, penjadualan semula penerbangan, atau tinggal di lapangan terbang buat sementara waku untuk penerbangan seterusnya,” kata Madeline.

“Bagi mereka yang mengkritik Air Asia, juruterbang tersebut dan kami yang berada di atas kapal, tolong hentikan! Keberanian anak kapal dan kapten haruslah dipuji bukan dikritik kerana mereka melakukan yang terbaik untuk kami, dan semua orang dalam keadaan tersebut.”

Mengapa doa pula dijadikan isu? Tak salahkan nak berdoa jikalau kita merasa takut dan tidak tenang. Lagipun kepada siapa lagi yang ingin kita mohon selain kepada Tuhan Yang Maha Esa. Syukurlah semuanya selamat. 

Baca: CEO Air Asia Dipuji Netizen Kerana Tidak Lokek Bantu Anak Kapal Bersihkan Pesawat

Tony

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.