Apabila menjadi seorang peniaga, kita berdepan dengan bukan sahaja telatah pelanggan tetapi juga perangai pekerja.
Penyanyi era 90-an Azza dari kumpulan Elite baru-baru ini berkongsi perniagaannya menghadapi kerugian apabila salah seorang pekerjanya membuat sesuatu yang luar dari jangkaan di mana dia menukar kod QR kedai itu kepada kod peribadinya.
Artikel berkaitan: “Ada juga macam ni” – Ustaz Ambil Kiriman Doa Di Mekah, Dakwa Percuma Tapi Letak Kod QR Untuk Pembayaran?
Artikel berkaitan: “Menjadi-jadi perangai” – Individu Kantoi Sunting ‘QR Pay’ Ketika Buat Pembayaran
Dalam temubual dengan Melodi TV3, Azza berkata dia seakan dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena namun dia tidak menghiraukannya.
@buletin.tiktok credit youtube tv3malaysia #fyp #berandafyp #gosip #bikinpanas #azzaelite
“Dia mengambil hasil dari jualan saya, tapi dia tak ambil banyak, dia ambil sikit- sikit tapi setiap hari. Saya anggap bukan rezeki saya tapi saya dah bagi semua kepercayaan saya kepada pihak polis,” katanya.
Perkara itu terbongkar apabila ada pelanggan yang ingin refund pembayaran barangan namun apabila pelanggan itu berkongsi resit pembayaran itu, ternyata wang itu sampai ke akaun lain dengan nama pekerjanya itu.
Azza Elite atau nama sebenarnya Nor Azzarima binti Zawari berkata pekerjanya itu sudah 5 bulan bekerja dengannya, sejurus tindakan kotornya itu terbongkar, Azza memberhentikannya dengan serta-merta.
Dia juga menganggap dugaan ini sebangai satu pengajaran selain mengingatkan peniaga di luar sana lebih berhati-hati.
Bahaya betul bila tidak amanah dalam bekerja.
Sumber: TikTok