in

“Dia try hard gila nak buka baju aku” – Wanita Hampir ‘Dirosakkan’ Lelaki Pervert Lepas Tayar Meletup Tepi Highway

Latar

Kepada kaum wanita yang suka drive kereta sorang-sorang atas highway tu, kalau boleh sediakan lah satu pepper spray supaya tak terkena macam kawan kepada EL ini.

Dia dipukau dan hampir dirogol oleh seorang lelaki yang konon nak cuba bantu dia masa tayar kereta meletup kat tepi lebuhraya.

 

Badan tak boleh gerak macam kena pukau

Eaicrovvaaagy62 1 Eaicrowueaekjo7 1

Masa kereta dia tersadai kat tepi highway LATAR, dia didatangi oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal, memandangkan penampilannya seperti seorang lelaki normal dan tak mencurigakan, gadis ni pun percaya lah dia untuk bantu tukar tayar.

Dia pun ajak lah berborak, tapi lama-lama jadi lain macam bila lelaki tersebut cuba raba punggung gadis ni. Bukan tu je, badan dia tak boleh nak gerak macam kena pukau.

Eaic4Xtvaaarfpz 1

Malah gadis itu sendiri tak tahu kenapa dia boleh turuti permintaan lelaki tersebut apabila diminta untuk masuk ke dalam kereta.

 

Mula pegang peha aku lama-lama hm faham lah kan tangan tu kemana…aku tepis dan dia mula mengganas.”

Eaic4Xcueaafyr8

Beberapa ketika lepas gadis tersebut sedar dari pukau, lelaki itu semakin liar apabila dia cuba nak cium gadis tersebut dan pegang dadanya. Menurut apa yang dikongsikan ni, otaknya waras tapi badan tak dapat nak bergerak.

Saat gadis tersebut bergelut untuk elak daripada ancaman lelaki ini, badannya kembali kaku dan tak boleh nak buat apa-apa. Tapi mujurlah masa tu orang tukar tayar tu sampai tepat pada masanya.

Tergamam dengan apa yang terjadi, wanita tu menggigil satu badan sampai tak boleh nak bergerak.

Tiba-tiba lelaki tu datang dekat aku gesel-gesel badan dia dekat aku”

Tak berakhir disitu, selepas tukar tayar dah settle, lelaki tersebut cuba nak dapatkan nombor telefon gadis ni.

Tapi dia lakukan sebaliknya kerana butiran yang ada sudah cukup untuk dia buat laporan polis atas gangguan seksual.

Dah habis? belum lagi..dia cuba nak ‘serang’ gadis ni lagi tau! Scary doh

 

Dah bagi nombor semua dia tiba-tiba tarik aku masuk kereta dia cakap…”

Seboleh-boleh lelaki tu nak ‘cuba’ lagi. Perbuatan menjijikkan itu makin mengganas sehingga ketahap paksaan.

Dia try hard gila nak buka baju aku time tu, aku pun mengganas la balik aku jerit kuat-kuat buka tingkap apa semua”

Mujur wanita ini masih lagi boleh selamatkan diri, paling teruk lagi lelaki pervert tu siap senyum lagi masa nak buat perkara menjijikkan tu.

Eaic4Cnvaaiheaz 1

 

Sebab saya kan lelaki” – Pemuda pervert

Itu alasan dia bila wanita tersebut maki hamun sound lelaki tu. Tapi dia tak dapatlah nak balas balik sebab dia masih ingat batasan, kalau tak habis lagi teruk kena.

Masa gadis tersebut update instastory dia ni, dia sedang berehat di R&R Elmina sebab masih tergamam dan trauma dengan apa yang terjadi kepadanya.

Perkongsian yang raih lebih daripada 10,000 retweets ni bertujuan untuk menasihati kepada korang terutamanya wanita untuk sentiasa berwaspada.

 

Baca : “Tak padan umur 64 tahun”- Pemandu Van Tuisyen Warga Emas Cabul Budak 8 Tahun

Cabul 1