fbpx
in

“Dia trauma…” – Kanak-kanak 12 Tahun Patah Tulang Gara-gara Rakan Tarik Kerusi

Syaz Ft 2024 08 05T124510.035

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman persekolahan antara waktu yang paling diingati, pun begitu, baru-baru ini tular sebuah kisah di mana seorang kanak-kanak 12 tahun menderita sakit belakang gara-gara kerusi ditarik oleh rakan sekolah.

Menurut laporan Astro AWANI, kejadian yang menimpa murid darjah 6 itu dikongsikan oleh ibunya, Azera Yazid, menerusi platform akaun TikTok, @azera5276.


Artikel berkaitan: “Cedera di badan, tangan & bahu” –  Pakcik Baju Biru Jatuh Terlentang Maafkan Budak Tarik Kerusi

Artikel berkaitan: Pelajar Tingkatan 4 Alami Sawan, Gara-gara ‘Overdose’ Hisap Vape ‘Magic Mushroom’

@azera5276

Perkara yang ditakuti , kakak iqa jatuh disebabkan kawan tarik kerusi ketika di sekolah,now kena bedridden selagi tidak sembuh ..Allah …semua pihak perlu diingatkan tentang bahayanya gurauan begituu…sekarang kami yang alami ujian ini…doakan kakak iqa cepat sembuh….AAMIN #fypシ #shahalam #jatuhdisebabkankawantarikkerusi

♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik

Dalam perkongsian itu, ibu kepada mangsa itu berkata kehidupan mereka sekeluarga sudah berubah sejak kejadian itu.

Azera berkata, keadaan anaknya, Puteri Nor Atiqah atau dipanggil sebagai Kak Iqa itu kini masih lagi perlu menjalani rawatan dan selalu dimasukkan wad sekiranya diperlukan.

“Disebabkan jatuh tempoh hari, Kak Iqa mengalami patah tulang coccyx, ‘disc bulge’ dan ‘bone bruise’.

Keadaan Kak Iqa sekarang ini masih lagi memerlukan rawatan dan dia juga ada gangguan emosi, maksudnya kesan trauma itu masih ada.

Dia trauma akibat insiden itu, sebab dia jadi takut untuk bertemu dengan orang lain.

Hubungan Kak Iqa dengan adik beradik sekarang pun sudah kurang, dia banyak duduk dalam bilik dia sendiri sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Azera berharap agar anaknya itu beransur pulih dan difahamkan kes ini sedang berjalan di mahkamah.

Semoga semuanya dipermudahkan…

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top