Seperti yang korang selalu dengar di iklan, ibu mana yang tak happy kalau anak mereka hadiahkan telekung baru, tambah-tambah pulak kalau telekung tu jenama Siti Khadijah. Lagi best, kalau korang hadiahkan telekung tu sempena terawih yang pertama!
Haa inilah yang dilakukan oleh seorang anak bernama Amirul Anwar yang dikongsikan di Twitter, apabila dia menghadiahkan telekung eksklusif dari Siti Khadijah itu kepada ibunya sempena terawih yang pertama.
“Dia terus tukar telekung weyyy dia campaknya telekung lama kat tepi”
Menerusi video yang viral tu, Amirul pada awalnya nak bagi surprise lah kat ibu dia dengan beri sebungkus plastik berwarna biru untuk ibunya lihat. Bila ibunya periksa ada apa di dalam, terus terkedu wanita itu dibuatnya. Ada telekung Siti Khadijah lah!
Haa apa lagi terus ibu dia tukar ke telekung baru untuk dipakai sempena terawih yang pertama. Korang tengoklah gelagat anak beranak ni!
https://twitter.com/AMIRULLLLLL/status/1125059560983617536
Nah dah siap bergaya dengan telekung baru dah ibu Amirul ni nampaknya!
“MasyaAllah… dia comel sangat”
Rata-rata rasa gembira pulak bila tengok reaksi ibu Amirul ni bila dapat telekung baru. Besar pahalanya tau kalau dapat gembirakan hati ibu ni!
“Berbaloi sangat bila dia cepat-cepat tukar telekung dan campak telekung lama dia kat tepi”
Apa-apapun bagi korang yang tak mampu nak hadiahkan telekung SK buat ibu, korang janganlah bersedih. Banyak lagi cara yang korang boleh buat untuk gembirakan hati ibu. Pulang berbuka puasa bersama pun dah boleh buat mereka happy tau!
Baca: Ado Yang Ghindu Nak Balik Mantai Ko? Woghih Ni Kongsi Kisah Kemeriahan Mantai Waktu Dio Kocik Maghin