Bila cuaca tidak menentu dan kadang-kadang panas berbahang, ramai yang akan menggunakan penyaman udara dalam tempoh lama sehingga tak sedar bil elektrik turut melambung.
Pastinya kita sendiri akan terkejut apabila melihat jumlah bayaran yang dikenakan dan rasa ‘sesak’ nak membayarnya.
Tular di TikTok, reaksi seorang bibik seakan mengalami ‘serangan jantung’ apabila melihat penyata bil elektrik majikannya.
Artikel berkaitan: “Sampai RM 1,500 sebulan” – Pelik Bil Elektrik Selalu Tinggi, Rupanya Bayar Sekali Untuk Jiran Selama 5 Tahun
Artikel berkaitan: Wanita Syukur Dapat Bibik Baik, Tukar Duit Rupiah Ke Ringgit Sebab Nak Belanja Makan
Menerusi video berdurasi 20 saat itu, bibik terbabit dilihat pergi ke arah peti surat untuk melihat sebarang surat yang diterima.
Bibik berkenaan kemudian memegang sehelai kertas panjang yang dipercayai penyata bil elektrik. Ketika menyemak jumlah penyata bil itu, bibik memberi reaksi ‘dramatik’ dengan meletakkan tangannya di dada seperti terkejut dengan perkara yang dilihat.
@alyaamran27 Musim panasss, aircond memanjang.. bill letrik pun buat suprise la?? #tanjatgegurl #anashangatahh
“Terkejut ada makna la tu”
Perkongsian video itu telah meraih perhatian ramai yang terhibur dengan reaksi bibik berkenaan.
Rata-rata netizen yang melihat video itu memahami perasaan bibik terbabit apabila turut menzahirkan bil elektrik mereka juga meningkat baru-baru ini.
Menurut pemilik video yang dikenali sebagai Alyaninazirah berkata dia sama sekali tidak menjangka bahawa bil elektrik rumahnya naik tiga kali ganda.
“Bukan bibik sahaja yang sakit jantung tengok bil, saya pun terkejut.
“Bulan lalu bil elektrik sekitar RM130 sahaja tetapi bulan ini naik tiga kali ganda sehingga RM400. Macam mana saya tak terkejut,” katanya.
Ujarnya, punca kenaikan bil elektrik itu mungkin disebabkan kerap menggunakan penyaman udara kerana bahang cuaca panas.
Siapa tak ‘sakit jantung’ tiba-tiba bil elektrik naik kan?
Sumber: TikTok, Astro Awani